Khamis, 2 Februari 2012

DHPP: Biro Penerangan PAS lemah

Terhadap tindakan Datuk Seri Azizan Razak menggunakan Auku terhadap Kolej Universiti Insaniah (KUIN).



KOTA BARU: PAS didakwa lemah dalam menangani isu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak terhadap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sehingga mencetuskan kemarahan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow berkata, biro penerangan PAS lemah menangani isu tersebut.

Sepatutnya, biro penerangan menjelaskan isu itu dengan segera sebelum mencetuskan kemarahan orang ramai.

Katanya, sebagai Menteri Besar, Azizan mempunyai sebab untuk mengeluarkan kenyataan sedemikan rupa.

“Masalah berlaku kerana penerangan PAS terhadap isu itu tidak cukup, ini menyebabkan orang marah.

“Saya nampak biro penerangan PAS yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini lemah,” katanya.

Rela dipecat

Pakatan Rakyat dikatakan kecewa tindakan Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.

Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.

Bagaimanapun, Azizan mempertahankan tindakannnya dan rela dipecat.

PAS Pusat akan memanggil Azizan untuk mendapatkan penjelasan dalam isu Kuin itu.

KITA akan bubar, kembali ke pangkal jalan

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim akan dibubarkan tidak lama lagi melalui satu mesyuarat agung luar biasa.

Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa parti itu tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan," kata satu kenyataan yang dibuat melalui laman web partikita.com hari ini.

Kenyataan itu dipercayai dibuat oleh Datuk Zaid sendiri namun tidak ada sebarang nama diletak pada kenyataan itu.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) ialah parti politik yang dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

KITA ditubuh secara rasmi dibawah pimpinan Datuk Zaid pada 15 Disember 2010 apabila beliau dilantik sebagai presiden baru parti ini dalam sebuah mesyuarat agung.

KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid di Kuala Lumpur.

(Gambar fail: Datuk Zaid ketika melancarkan parti KITA dengan penuh gilang gemilang di Kuala Lumpur)

Kenyataan yang dikeluarkan hari ini memetik, peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan”.

"Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang," katanya.

Menurut kenyataan itu, idea beliau untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

"Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam.

"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik," katanya.

Kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada kami, katanya.

"Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya," katanya lagi.

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu juga, dia tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.

"Kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, saya memohon ampun.

"Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang," katanya.

Kepala babi: Abim khuatir cetus ketegangan agama

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius insiden terbaru penemuan kepala babi di Masjid Sentul seperti mana yang dilaporkan di media massa hari ini.

“Dalam hal ini, Abim mengecam keras perbuatan yang sama sekali tidak menghiraukan sensitiviti agama Islam sehingga sanggup mencemarkan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam,” kata setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Katanya, provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu amat dikesali serta sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan serta merta, ujarnya Abim khuatir keharmonian interaksi di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini yang akan terjejas, sekaligus mencetuskan ketegangan agama yang tidak diingini.

“Dalam hal ini, Abim memberi amaran keras kepada individu atau kumpulan di sebalik insiden memalukan ini agar menghentikan segera tindakan bersifat provokatif tampak semakin berani,” ujarnya.

Tegasnya, perbuatan itu sama sekali tidak boleh diterima serta dijustifikasikan dalam keadaan atau atas apa nama sekalipun.

Apa yang pasti, katanya umat Islam seluruh negara berasa amat terguris terhadap insiden yang berlaku ke atas rumah Allah.

Tambahnya, Abim ingin menjelaskan bahawa masjid dan surau merupakan tempat yang amat suci dan mulia di sisi umat Islam dan tidak sama sekali akan berdiam diri sekiranya rumah ibadat mereka terus diperlakukan sedemikian.

Justeru, ujarnya lagi tindakan tegas daripada agensi-agensi pihak berkuasa terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah digesa untuk mengelakkan tindakan berniat jahat sebegini daripada berulang sekali lagi, serta merebak menjadi epidemik politik, agama dan perkauman yang tidak dapat dikawal lagi.

“Berdasarkan kepada kenyataan ini, Abim menggesa agar pihak PDRM serta pihak yang berkenaan agar melaksanakan siasatan segera serta mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, Abim pada masa yang sama memohon agar seluruh umat Islam di negara ini agar bertenang serta memberi kerjasama yang sewajarnya untuk menangani polemik itu serta mengelakkan diri dari mengamalkan pendekatan witch hunt.

“Dalam hal ini, Abim mengharapkan agar umat Islam tidak bertindak melangkaui batasan yang ditetapkan dalam ajaran Islam serta menzahirkan bantahan mereka berdasarkan kepada peruntukan yang telah ditetapkan dalam kerangka perundangan negara,” ujarnya.

Katanya, Abim juga menyeru agar jawatankuasa masjid di seluruh negara dapat mengambil inisiatif untuk mengadakan solat hajat pada hari ini dan selepas solat Jumaat esok memohon agar kesucian masjid dan surau di seluruh negara terpelihara serta pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.

Ada penerima BR1M dipaksa bersumpah

Aslani M,

KOTA BHARU: Di tengah-tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno.

Tanpa menghiraukan hujan yang sekali sekala agak lebat, ribuan anak muda diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman mulai memalu gendang ‘perang’.

Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan dalam masa sama Umno pula sibuk mengagihkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biar pun dananya daripada cukai rakyat.

Hari ini Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.

Abdul Latif berkata, ada penduduk yang memohon mendapatkan bantuan dipaksa bersumpah mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Ada rakyat menanyakan bolehkah bersumpah bagi mendapat bantuan itu, saya beritahu kalau bersumpah pun tidak wajib undi Umno kerana perbuatan itu dianggap lara.

“Jadi sumpah tersebut tidak memberi kesan dari segi syarak kerana secara jelas Umno tidak memperjuangkan Islam, malah ia lebih cenderung kepada maksiat,” katanya pada majlis tersebut di Dataran Ilmu, pekan Peringat malam tadi.

Bagaimanapun kata beliau kalau boleh dielak bersumpah biar pun sumpah seperti itu tidak wajib dilaksanakan.

Pada awal 1990-an petani di kalangan penyokong PAS dipaksa mengisi borang keahlian Umno bagi membolehkan mereka mendapat bantuan baja subsidi padi.

Malah dalam kes lain, guru-guru yang memohon untuk bertukar dikehendaki mengemukakan nombor keahlian Umno.

Program Anak Muda Tolak Umno dimulakan pada 15 Januari lalu akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Kerajaan tidak perlu, hanya bantu rakyat bina masjid

Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan kerajaan Kelantan tidak perlu membina masjid, sebaliknya membantu rakyat menyiapkannya.

(TGNA menerima gambar model masjid yg akan dibina dari Iman masjid An Naim Ust Sanusi Derani)

Tuan Guru Nik Aziz seterusnya memberitahu, kerajaan negeri tidak perlu membina masjid di negeri itu sepenuhnya menggunakan wang kerajaan, sebaliknya memberi peluang kepada rakyat turut membangunkannya melalui sumbangan derma peribadi.

“Pihak sebelah sana dok riuh rendah mengatakan kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid sahaja, biarlah mereka nak kata apapun, saya selaku ketua kerajaan memberi peluang kepada rakyat saya untuk menderma.

“Kalau kerajaan negeri tanggung semua pembinaan masjid, mana peluang rakyat untuk mencari saham akhirat dengan menderma?”soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran tabung derma dan jualan lot untuk pembesaran Majid An-Naim, di sini tengahari tadi.

Katanya, tindakan kerajaan negeri itu telah menjadi modal politik pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan negeri, sedangkan hasrat sebenar kerajaan negeri adalah sebaliknya.

“Apa yang saya lakukan untuk mencetuskan pemikiran rakyat rezeki yang Allah berikan bukan untuk membeli beras, bayar bil letrik atau air semata-mata, sebaliknya untuk mendapat saham akhirat.

“Sebagai orang Islam kita kena sedar, menderma tuntutan Islam termasuk menderma untuk menyiapkan masjid, tetapi ingat jangan pula kita mencuri untuk menderma,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan yang berada di luar turut menyalurkan sumbangan untuk pembinaan masjid termasuk Masjid An-Naim.

Masjid yang terletak di Seri Cemerlang itu memerlukan RM580,000.00 untuk membeli rumah kedai bagi pembesaran masjid tersebut.

Kepada yang ingin menyalurkan bantuan, sumbangan boleh dibuat atas nama Masjid An-Naim, akaun CIMB Islamic Bank Berhad, 0301 0000 9621 01 dan Kuwait Finance House (M) Berhad 0081 0500 1448.

PAS desak kerajaan beri penjelasan AkzoNobel tarik diri dari Lynas




Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man. — Gambar fail
KUALA LUMPUR — PAS hari ini meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung penarikan diri AzkoNobel, kontraktor pembekal resin utama untuk Lynas yang menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat Kuantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini mendesak Putrajaya agar memberi penjelasan tanpa bereselindung memandangkan kontraktor dari Belanda itu merupakan pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

"Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; ini dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian.

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2km dari kilang," soal Tuan Man.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, bantahan ribuan rakyat Kuantan adalah sia-sia sekiranya kerajaan tetap berdegil tidak menghiraukan bantahan tersebut.

Jelasnya lagi, rakyat masih tertanya-tanya mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko kepada rakyat.

"Dengan kelulusan lesen pra-operasi bermula semalam, bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak," tegasnya.

"Jangan sudah terhantuk baru terngadah!" Sindir beliau kepada kerajaan.

Tegasnya, jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut adalah melalui Pakatan Rakyat.

"Rakyat diseru undilah Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang tekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.

"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini," tambahnya.

Fuziah: AELB, Lynas akan jadikan penduduk Kuantan sebagai ‘tikus makmal’




KUALA LUMPUR — Fuziah Salleh hari ini mendakwa, persetujuan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terhadap kontroversi Lynas Corporation, berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan bakal menjadikan penduduk Kuantan sebagai “tikus makmal”.

Ahli Parlimen Kuantan itu menjelaskan, adalah tidak munasabah AELB memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) bagi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut.

Jelas beliau (gambar), perkara itu tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toksik dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab.

“Keputusan ini tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti ‘tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini.

“Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali,” tegasnya.

AELB semalam mendedahkan, mereka telah memberikan TOL dengan nilai RM2.5 billion kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, yang terletak dalam lingkungan 25km daripada Kuantan.

Keputusan tersebut akan membolehkan Lynas beroperasi, dan dikhuatiri akan mencemarkan kawasan sekitar dengan radiasi terutamanya kepada penduduk tempatan.

Pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan bagaimanapun menjelaskan, syarikat Australia itu dikenhendaki memenuhi beberapa syarat atau risiko TOL mereka digantung atau ditarik balik, dan pihaknya akan membuat pemantauan terhadap syarikat tersebut dalam tempoh dua tahun.

Tambah beliau, kilang dan lokasi untuk PDF harus dibentangkan oleh Lynas selepas tempoh 10 tahun, dan pelombong berkenaan dikehendaki membayar seumlah USD50 juta (RM152 juta) sebagai jaminan kepada kerajaan.

Fuziah turut mendesak kerajaan menangguhkan TOL tersebut sehingga PDF tersebut diselesaikan Lynas.


“Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan

kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF,” tegasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan yang baik juga akan memastikan setiap dakwaan yang dilaporkan akan di kajian dengan teliti berdasarkan kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata-mata.

Lynas menjelaskan, operasi mereka boleh dimulakan dalam masa enam minggu selepas mendapat kebenaran, dan akan menghasilkan nadir bumi yang diperlukan dalam pembuatan produk berteknologi tinggi seperti turbin angin, kereta hybrid, dan telefon pintar.

Isu KUIN: Syabas Azizan, kata ASPIRASI

Ketika banyak pihak mengkritik tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya, sekumpulan aktivis mahasiswa hari ini tampil menyokong langkah tersebut.

Malah, mereka menganggap tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak mempertahankan tindakan menggunakan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta - yang mirip dengan Akta Univesiti dan Kolej Universiti - sebagai langkah tepat.

NONE"Ustaz Azizan mempunyai pemikiran yang jauh berbeza daripada ahli politik lain.

"Beliau sayangkan KUIN sendiri dan bukan lima orang mahasiswa ini yang melanggar peraturan," kata Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah (atas).

Lima mahasiswa universiti itu digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar. Bagaimanapun, empat daripadanya sudah tamat penggantungan itu.

Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.

'Saifuddin isu kecil'

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, Mohd Shahar juga berkata, penggunaan akta sebegitu lebih bersifat "pelindung" terhadap kehormonian kampus daripada pihak yang sering menganjurkan demonstrasi.

"Kita ucapkan syabas kepada Ustaz Azizan," katanya lagi.

Sementara itu, ASPIRASI - kumpulan yang dianggap prokerajaan - juga mengumumkan akan menganjurkan program jelajah bersama 18 lagi NGO ke ke seluruh negara, termasuk ke 25 institut pengajian tinggi, antaranya bagi menjelaskan isu-isu dunia mahasiswa.

Antara tujuannya, kata Mohd Shahar, bagi membetulkan imej terhadap golongan mahasiswa yang didakwa disalah anggap sebagai suka menganjurkan demonstrasi jalanan dan mencetuskan keadaan huru-hara.

"Kita hendak beritahu ada juga mahasiswa nak belajar. Dan kita anggap program ini sebagai 'tindakan pembetulan'," kata graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu lagi.

student handing memo to saifuddin abdullah on academic freedomSementara itu, ditanya tentang ASPIRASI supaya Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah (kiri) meletakkan jawatan kerana dikaitkan dengan aktvisisme kumpulan siswa anti-establishment, Mohd Shahar menyifatkannya sebagai isu keci.

"Itu bukan keutamaan (dalam program ini)," katanya tanpa mendedahkan jumlah kutipan tandatangan bantahan yang diperolehi mereka setakat ini.

ASPIRASI sebelum ini mengaitkan Saifuddin dengan tindakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak selepas menyerahkan memorandum kepadanya.

Laporan Rosmah 'belanja sakan sengaja direka' - PM


MALAYSIA KINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

NONE"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.

Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

carl kapp sydney designerMemetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (kiri), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.

Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

BERSIH bidas cadangan 'tak bayar cukai, tak boleh undi'


MALAYSIA KINI
Cadangan menghalang rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi adalah tidak mengikut perlembagaan, kata kumpulan pendesak reformasi pilihan raya, BERSIH 2.0.

Dalam satu kenyataan media, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata cadangan SPR itu tidak mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

"Ramai rakyat yang menetap di dalam negara juga tidak membayar cukai juga ... Pesara juga ramai yang tidak membayar cukai pendapatan dan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 juga tidak perlu membayar apa-apa cukai pendapatan.

"Adakah kita akan mengecualikan semua mereka sebagai pengundi juga?" petik kenyataan itu.

Menurut jawatankuasa pemandu itu Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan bahawa pendapatan yang diperolehi daripada sumber-sumber di luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai.

Justeru, BERSIH 2.0 berpendapat tindakan SPR yang tidak berperlembagaan adalah cubaan melucutkan hak mereka yang layak untuk mengundi.

Isnin lalu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Amerika Syarikat mempunyai sistem yang sama yang hanya membenarkan warganya yang bekerja di luar negara dan membayar cukai untuk mengundi.

Katanya, hak mengundi hanya perlu diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada negara dan pulang ke negara dari semasa ke semasa.

Rahsia Pembangunan Manjung

Oleh: MSK

Intro

Pasai apa aku kata rahsia…sedangkan ianya bukan rahsia pun? Sapa-sapa pun boleh dapat maklumat pembangunan bagi sesuatu bandar itu…asalkan ada duit atau kabel.

Apa yang berlaku di Teluk Rubiah sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada semua. Perkara tersebut tak sepatutnya berlaku kalau rakyat tau apa yang dirancangkan oleh pemerintah. Orang kampung sepatutnya tau apa yang akan berlaku di kawasan mereka. Orang pekan sepatutnya tau apa yang sedang dirancangkan dikawasan mereka.

Tapi oleh kerana maklumat ini cukup berharga, maka ianya dirahsiakan dari pengetahuan awam. Yang tau cuma kroni-kroni pemerintah supaya depa dapat mengaut keuntungan.

Aku bagi contoh.

Tanah-tanah kepunyaan orang Melayu di Kampung Changkat Duku sekarang berharga sekitar RM25,000 seekar. Hangpa tau Kampung Changkat Duku kat mana? Ditepi Tasik Chenderoh. Disebabkan tak ada pembangunan, harga tanah itu kekal dari sepuluh tahun dulu sampai sekarang.

Tiba-tiba ada orang datang tanya sapa nak jual tanah. Dia sanggup offer RM40,000 seekar. Orang kampung yang tak tau apa-apa terus jual sebab harganya tinggi. Depa tak tau..harga tanah tersebut akan meningkat sehingga RM100,000 seekar sebab depa tak tau apa yang sedang dirancangkan oleh pemerintah. Yang tau perancangan tersebut ialah puak-puak Umno. Dan depa la yang beli tanah untuk dijualkan semula dengan harga yang tinggi apabila projek pelancungan yang sedang dirancangkan oleh pemerintah dilaksanakan nanti.

Bila projek pembangunan dibuat..masa tu orang kampung berputih mata. Tasik Chenderoh yang dulunya depa boleh tangkap ikan…sekarang dah tak boleh masuk. Sedangkan yang dijual hanya tanah!! Masa tu nak protes atau demo pun tak guna.

Sapa yang tau apakah yang sedang dirancangkan disekitar kawasan Perbandaran Kuala Kangsar? Baru-baru ini ada pameran Deraf Perancangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. aku tanya kat orang Pakatan…sapa pun tak ambik pot. Aku tanya kat orang Umno..pun depa tak tau. Yang tau cuma pemimpin Umno.

Kalau aku nak beli Deraf tersebut..aku kena cari RM250.00. Pasai apa aku nak beli? Tak kan aku kena keluar duit poket aku…kecuali la kalau aku ni ahli perniagaan yang nak cari projek. Tapi sekurang-kurangnya, orang parti kena la beli benda ni…baru la boleh cerita kat orang kampung tentang apa yang Umno nak buat. Nak dijadikan isu untuk modal politik pun boleh.

Tapi bila aku suruh depa beli…depa kata tak dak duit. “Kita parti pembangkang mana ada duit!!” Dah selalu sangat aku dengar benda tu.

Dulu…aku minta parti beli Daftar Pemilih pun depa kata tak dak duit. Tapi yang herannya…buat bengkel pilihanraya kat Danok ada duit. Nak sambut Anwar datang ke Kinta Valley Estate..ada pulak duit untuk sewa bas sampai dua biji.

Ini masalah bila tak tau yang mana satu patut diberi keutamaan.

Masa Pakatan menang di Perak dulu, perkara pertama yang jadi rebutan diperingkat parti ialah nak jadi ahli Majlis. Aku tak mintak walaupun ditawarkan. Lebih baik aku motong getah dari jadi Ahli Majlis yang cuma dapat elaun RM600.00 sebulan. Tapi orang parti sampai bergaduh berebut nak jadi Ahli Majlis. Pasai apa? Pasai jadi Ahli Majlis boleh tau banyak maklumat. Dengan maklumat “first-hand” ini boleh dapat macam-macam komisyen.

Bila dah jadi Ahli Majlis, tak mau pulak cerita kat mesyuarat parti tentang apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ahli Majlis. ada Ahli Majlis yang kata..” tak boleh bagi tau…OSA!!” Anak haram betui.

Bila aku kata…”tak kan nak bagi tau kat parti pun tak boleh?” Depa jawab..”kena pisahkan kerajaan dengan parti.” Anak luar nikah betui.

Tiba-tiba..perkara pertama yang dilakukan oleh ahli Majlis Pakatan Rakyat ialah menaikkan kadar sewa tapak pasar tani dan pasar malam dari seringgit kepada dua ringgit sepetak.

Peniaga pasar tani marah..tapi depa bukan cari ahli majlis. Depa mai pejabat parti. Kat pejabat parti..aku sorang-sorang dok buat kerja parti yang tak bergaji. Peniaga maki hamun aku…masa berkempen nak tolong peniaga pasar tani..tapi bila dah menang terus naik sewa. Hutang Rafidah sebanyak RM60,000 depa tak mau tuntut. Hutang orang Umno beratus ribu depa tak mau mintak…tapi bila MPKK tak dak duit..naik harga sewa peniaga pasar tani. Orang lain yang jadi ahli Majlis dapat elaun, aku yang buat kerja tak dak gaji kena maki. Ada akai ka?

So…sekarang aku nak jadi ahli Majlis Manjung yang tak ada elaun pulak. Kalau orang Manjung nak tau apa perancangan Daerah Manjung..aku akan bagi tau. Kalau hangpa tak dak duit nak beli Rancangan Tanah Daerah Manjung..aku bagi tau. Kat mana nak dijadikan kawasan industri…kat mana nak dijadikan kawasan pelancungan..kat mana nak buat hotel..aku bagi tau. Kalau ada tanah sekangkang kera..jangan jual dulu. Tengok dulu perancangan Daerah Manjung..dan kalau ada yang tak puas hati…boleh protes sebelum ianya dilaksanakan.

Kalau dah jadi macam Teluk Rubiah..dah tak guna dah.

Benda ini juga sepatutnya dibuat di setiap daerah di Perak. Kalau Pakatan Rakyat mahukan undi aku..depa kena janji…bila memerintah nanti, maklumat-maklumat mengenai perancangan bandar dan kampung mestilah percuma dan senang diakses. Kalau Pakatan pun buat macam Umno..sorok maklumat untuk kepentingan diri sendiri..aku buat ABPR pulak. Asalkan Bukan Pakatan Rakyat.

Cuba perhatikan gambar dibawah. Aku potong-potong dan cantumkan supaya boleh masuk dalam blog ini. Hangpa save balik…kemudian paste kedalam Paint atau worksheet…supaya nampak jelas. Kemudian boleh nampak secara dasar tentang apakah pembangunan yang sedang dirancangkan di Manjung.

Kalau ada sapa-sapa yang ada tanah di Kampung Pasir Panjang…Batu 7, Batu 8 dan Batu 9..harga tanah sedang meningkat sebab kawasan tu nak dijadikan Bandar Pelabuhan. Kalau ada sapa-sapa yang bercadang nak buat homestay..kononnya pantai disitu cantik..jangan buat dulu. Sat lagi sapa pun tak mau mai pasai penuh dengan kapal.

Dan bagi sapa-sapa yang ingat nak buat banglo kat Teluk Batik…lebih baik buat tempat beli besi buruk. Sebab Teluk Batik juga akan hancur dalam masa tiga empat tahun lagi. Sama macam Juru di Pulau Pinang.


Hasan Ali Benci Sangat Pakatan?

SABAH DAILY

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

NONE"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Serang Anwar

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

NONE"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

NONEKatanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

NONEBekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel. -MK

Al-Quran Tidak Terbakar Sekalipun Rumah Hangus

SABAH DAILY


Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Fussilat 41:54

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Kami akan perlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA-RATA TEMPAT (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat 41:53

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR / Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam



Hasan Ali telanjangi diri sendiri

SABAH DAILY

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.2503.1325819778!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgKes Hasan Ali mengingatkan kita kepada kumpulan Islah yang ditubuhkan selepas PAS mengikat kerjasama dengan Semangat 46. Cuma bezanya, Islah bertindak secara kumpulan manakala Hasan Ali di lihat lebih kepada individu.

Kumpulan Islah pertama timbul hasil daripada tindakan pimpinan PAS membawa PAS menjadi ahli kompenen BN tahun 1974. Hasil kerjasama itu MB Kelantan daripada PAS.

Kumpulan Islah kedua wujud hasil ketidakpuas hati ahli PAS terhadap pimpinan PAS yang berkerjasama dengan S46. Mereka berdalilkan S46 adalah berkulitkan UMNO juga. Hasilnya mereka bertanding melawan calon PAS dan hilang wang pertaruhan ! Dan PAS berjaya menawan semula Kelantan tahun 1990.

Mulanya kumpulan Islah mendapat simpati ahli PAS bawahan, tetapi apabila kumpulan Islah mula menyerang dan memaki hamun pimpinan ulamak PAS, nilai moral kumpulan Islah jatuh merudum.

Begitulah juga kisah Dr Hasan Ali. Beliau hebat dengan ucapan motivasi. Malangnya beliau tidak dapat bezakan antara bidang motivasi dengan politik.

Barangkali mulanya simpati terhadap beliau daripada ahli PAS adalah tinggi. Bahkan ramai yang sayangkan beliau dengan memberi nasihat agar beliau banyak bersabar dan membuat rayuan.

Malangnya tindakan beliau menghentam dasar parti dan pimpinan dengan ucapan persis Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan sewaktu dengannya menimbulkan tandatanya ahli PAS yang mulanya simpati dengan beliau.

Dulunya ahli menganggap krisis beliau bersifat peribadi dengan Khalid Samad. Tetapi akhir-akhir ini melihat kepada ucapan beliau macamlah beliau begitu gilakan jawatan terutama jawatan MB seperti yang ditawarkan oleh UMNO Selangor pasca PRU 12 !

Ucapan beliau di pentas penuh dengan kutukan terhadap pimpinan PAS, ego, sombong dan takbur.

Hasan Ali kini bukan lagi dikenali sebagai bekas pimpinan PAS, pakar motivasi tetapi jelmaan semula pegawai BTN.

http://tokpepijat.blogspot.com

Hadi Awang tidak boleh Lepas Tangan - Noor Deris.

Tun Izhalmi Ishak

alt



KOTA BHARU - Bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh lepas tangan melainkan memperbetulkan kembali akidah pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Presiden Pas itu yang berhasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya umum akan datang, tidak bermakna Abdul Hadi sudah boleh lepas tangan dengan amanat yang yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

“Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan amanat tersebut yang dibuat oleh Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kuala Terenggau pada 1981, sebagai bertentangan dengan Islam.

Mohd. Noor turut menjelaskan beliau masih ingat apabila turut terlibat dalam gerakan merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan disebabkan beriktikad kepada Amanat Hadi itu.

“Saya sendiri terlibat sebab itu saya tahu. Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali berlaku kerana mereka menganggap menentang UMNO adalah jihad dan mati syahid.

Mereka beriktikad orang UMNO kafir dan keluar Pas murtad. Sebab itu, gelaran ‘ustaz murtad’ sangat popular dan diberikan kepada golongan ustaz yang keluar daripada Pas,” katanya.

Hasan Ali Talibarut Utama UMNO - Khalid Samad.

Tun Izhalmi Ishak

alt


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali adalah 'budak suruhan UMNO' dan jurucucakap tidak rasmi bagi parti tersebut.

Khalid juga mendakwa Hasan sebenarnya sudah menjadi alat UMNO apabila membuat kenyataan supaya para pengundi di Parlimen Shah Alam agar tidak mengundinya lagi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau tidak beri undi kepada Khalid Samad, kepada siapa lagi? Sudah tentu kepada UMNO. Ini bukti Hasan sudah menjadi budak suruhan UMNO," katanya.

Beliau juga mendakwa Hasan tidak memahami maksud sebenar parasit dan menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu adalah parasit sebenar parti.

"Parasit adalah jenis yang tinggal atas induk macam pokok asing tinggal atas pokok besar tetapi saya tidak boleh menjadi parasit kerana saya merupakan sebahagian daripada batang tubuh parti.

"Tidak seperti orang yang hidup dengan isu Pas tetapi dia adalah orang asing yang mana jika tidak ada isu Pas, dia tidak boleh hidup, dia menjadi popular atas isu Pas," kata Khalid.

Khalid bagaimanapun tidak menjawab dakwaan Hasan berkaitan dengan beliau adalah pengkritik tegar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

DEBAT "SIAPA PARASIT, SIAPA PELESIT" DI ANTARA KHALID SAMAD DAN HASSAN AKIDAH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

YB Khalid Samad


Pelesit yang meracau


AKHIRNYA Hassan anak Ali @ Hassan Akidah, menyebut Khalid Samad adalah `parasit' di dalam PAS. Di dalam ceramahnya di Shah Alam malam kelmarin, Hassan Akidah ini mendakwa Khalid Samad yang juga MP Shah Alam sentiasa membantah `kerja-kerja Islam' Hassan Akidah. Apakah `kerja-kerja Islam' Hassan? Rampas arak? Serbu gereja? Atau, seperti sekarang iaitu bersekutu dan berbaik dengan TV3 suku iaitu media utama penyebar fitrnah dan seks itu kerja Islam Hassan Akidah?

Apa jawapan Khalid Samad atas dakwaan Hassan Akidah? Mahu tergelak rasanya bila membaca jawapan Khalid Samad terhadap Hassan Akidah, kerana tidak disangka Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia.

Kita petik jawapan Khalid Samad terhadap tuduhan Hassan Akidah bahawa beliau adalah `parasit' di dalam PAS. Khalid Samad berkata, " Ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu. Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. ” Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebiji tepat ke lubang hidung Hassan Akidah. Sekarang kita tanya, siapa pula `Pelesit'? Pelesit dikenali sebagai `binatang berhantu dan berpuaka' yang sering membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain di samping menjadi perasuk. Siapa yang ke hulu ke hilir buat bising tidak cukup di dalam media TV3 suku, terbang lah pelesit ini ke pelusuk kota dan desa menghasut dan merasuk orang ramai? Jawapannya Hassan Akidah. Beliau adalah `Pelesit' sebenar.
Mulanya menghasut orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu untuk menyokong DS Anwar. Ada sesiapa yang terasuk dengan pelesit ini? Terbukti, ribuan orang hadir menandakan tidak semua rakyat mempunyai hati yang sebusuk Hassan Akidah. Dikatakan beliau tercampak dari PAS kerana hasutan Azmin, kemudiannya menyalahjkan DS Anwar, kemudiannya menuding jari pada `parasit' pula. Mana satu, wahai pelesit?

Setelah cuba menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar dan beliau gagal, pelesit ini tidak berputus asa. Baru-baru ini di Shah Alam, beliau menghasut pula agar orang ramai agar jangan mengundi PAS yang diwakili oleh Khalid Samad di Shah Alam di dalam PRU nanti. Hati yang busuk sang pelesit ini semakin terserlah. Menghasut orang ramai agar tidak mengundi Khalid Samad sebagai calon PAS, bererti Hassan Akidah ini mahu Umno menang. Mahu Umno menang, ertinya Hassan Akidah ini pejuang Islam? Kelakar, bukan?

Mari kita cabar sang pelesit ini agar bertanding satu lawan satu dengan Khalid Samad di Shah Alam. Tentu sekutu Apco akan sudi memberikan laluan untuk Hassan Akidah bertanding di situ. Ada berani? Paling tidak pun, kita cabar Hassan Akidah ini berdebat dengan Khalid Samad atas isu `Siapa Parasit dan siapa Pelesit". Ada berani? Jawapannya, Hassan Akidah akan menjawab sama seperti `tuan baru'nya iaitu Haji Najib bahawa jika debat diadakan, pasti Khalid Samad akan demam. Itulah jawapan lazim puak bacul dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia Bagi Pulangan 32% Setahun Berbanding 6.5% Amanah Saham 1 Malaysia!! Apakah Hukum Skim Ini Yang Dianjurkan Oleh Kera

Setelah pengumuman mengenai Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia baru-baru ini, ramai juga kedengaran mengenai status halal or haram mengenai SARA 1 Malaysia. Mengikut apa yang saya faham, wang pelabur dalam SARA 1Malaysia akan dilabur di dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M). Mengikut maklumat from website, for the past 2 years, dana ini memberi pulangan di antara 6.38% to 6.5% setahun.

Anyway, melalui SARA 1Malaysia, pelabur akan mendapat pulangan 32% setahun. Secara lebih tepat ialah 32.16% [(134X12)/5,000]. Diharap pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan secara lanjut macam mana boleh menjanjikan pulangan yang lebih banyak.

Or adakah bagi pelabur yang masuk dalam SARA 1Malaysia, mereka hanya dapat pulangan bulanan selama 5 tahun dan diakhir tahun ke-5, tidak mendapat kembali RM5,000 yang dilaburkan. Jika demikian pulangan adalah 12.16% setahun [(134X12X5) / 5,000] - 1 then bahagi 5.

Satu lagi bagi pelaburan dalam laporan tahunan 2011 AS1M, lebih kurang 1/4 daripada dana dilaburkan dalam industri perbankan. So diharap pihak yang berkenaan dapat sahkan mengenai status sama ada ianya menepati shariah ke tak.

Of course selain daripada dalam industri perbankan, dana tersebut juga dilaburkan di dalam industri perladangan, hartanah dan juga infrastruktur dan banyak lagi. Maybe pandangan saya mengenai SARA 1Malaysia dan AS1M adalah tidak tepat, maybe pembaca dapat memberi komen.

Satu lagi, kalau nak check sama ada kaunter saham adalah patuh shariah ke tak, boleh check kat website Bursa Malaysia, tengok yang ada tulisan [S] kat belakang nama kaunter tu.

Buku Jingga tak sesuai di Kedah

MALAYSIA CHRONICLE


ALOR SETAR – Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.

Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.

Sehubungan itu beliau menegaskan, terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.

“Kita menghormati Buku Jingga tetapi ada benda-benda yang kadang-kadang kita boleh guna sekarang dan yang tak boleh lagi sebab setiap negeri itu ada masalah tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini.

Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.

Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, tindakan tidak mematuhi sebahagian kandungan Buku Jingga bukan bererti beliau menolak buku tersebut tetapi berpendapat janji-janji dalam buku itu lebih sesuai dilaksanakan jika pakatan pembangkang memerintah negara.

“Sebagai contoh, dalam al-Quran, hukum mencuri adalah potong tangan tetapi terdapat juga kes pada zaman dahulu pencuri tak dipotong tangan kerana tahun itu berlaku kebuluran, jadi maknanya tak melaksanakan hukum itu bukan bererti menolak al-Quran tetapi mengambil kira suasana untuk memberi keadilan,” jelasnya.

Justeru, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada masa sama akan menghantar pegawainya ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan isu penggantungan pelajar KUIN itu kepada Pas Pusat.

Sementara itu, kata Azizan, terserah kepada pucuk pimpinan Pas Pusat sama ada memilih beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 atau sebaliknya.

Pesuruhjaya Pas negeri itu berkata, jika Pas Pusat tidak mahu beliau bertanding lagi menjadi calon pilihan raya maka beliau akan akur dan berhenti daripada memegang jawatan.

“Itu hak Pas Pusat dan pemimpin di atas, kalau tak beri bertanding maka saya berhenti tetapi selagi saya di sini maka saya buat kerja macam biasa,” katanya. -Utusan

Fahaman Anwarisme ancaman paling bahaya - Hasan Basri

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. meminta umat Islam tidak memandang ringan pendedahan beliau berhubung 'fahaman Anwarisme'.

Ia kerana, dakwa beliau, sejak kebelakangan ini, satu demi satu bukti mengesahkan bahawa fahaman Anwarisme yang diperjuang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahaya kepada umat Islam di Malaysia.

"Tiba-tiba kita dikejutkan kononnya untuk menyokong keselamatan Israel, kenyataan itu jelas bertentangan dengan peringatan Allah bahawa Yahudi adalah ancaman yang nyata kepada umat Islam.

''Kenapa sanggup mengiktirafkan Israel, satu bangsa yang dilaknat Allah dan saya hairan dalam keadaan itu pun kita (Pas) boleh menerima, sedangkan dahulu kita juara menentang kebiadaban Israel," dakwanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bertajuk Masa Depan Politik Malaysia-Demi Kedaulatan Agama Islam, Bangsa Melayu & Institusi Raja di Balai Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Hasan Basri melontarkan pertanyaan kepada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, apakah Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menganggap kenyataan Anwar mengenai Israel bukan ancaman kepada Islam?

Sambil mengimbau kejadian pada pertengahan tahun 1990-an, yang mana Mahfuz sanggup meringkuk dalam penjara selama setahun kerana menentang kehadiran pasukan kriket remaja Israel, beliau bertanya di mana prinsip itu kini.

"Apakah Mahfuz lupa? Mereka berarak, menentang dan akhirnya dipenjara kerana mempertahankan Islam daripada pencerobohan Israel, tetapi hari ini ikon mereka yang menyata akan menyokong keselamatan Israel.

"Mana suara-suara yang dahulu menjadi juara menentang Israel? Apakah ini bukan ancaman kepada masa depan Islam? Kenapa semua mereka berdiam diri apabila kenyataan itu dikeluarkan Anwar," katanya.-Utusan

KUIN: ‘Saya mahu tentang Umno-BN bukan Pakatan’ tegas Azizan




KUALA LUMPUR — Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menegaskan “mahu mempertahankan Kedah dan menentang Umno-Barisan Nasional (BN) bukan parti perikatan itu.”

Beliau juga menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan (gambar) juga turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

“Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN.

“Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” katanya.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita Pakatan Rakyat, bukan BN...fokus kita untk tumbangkan Umno-BN.

“Saya nak pertahankan kerajaan negeri Kedah, saya mahu kalahkan Umno-BN...sebab itu saya tidak campur tangan urusan KUIN, biar KUIN selesaikan,” katanya.

PAS buktikan ia 'parti celik budaya'

Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.

Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.

Negara Islam

Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan ‘kecerdikan’ antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai ‘buta budaya’ dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.

NONE"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.

"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.

Rosalan, 51, yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.

NONEDitanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.

Tak ada masalah

"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.

"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.

NONESementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.

Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.

hashim jasin"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti.

Rabu, 1 Februari 2012

Hasan Ali dakwa Pakatan ancaman kepada Islam

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

NONE"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Serang Anwar

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

NONE"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

NONEKatanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

NONEBekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

Skim 1Care dapat bantahan sebelum dilancar lagi

Di sebalik gembar-gembur kerajaan dalam satu lagi percubaan untuk menyusun semula perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia, petanda awal adalah Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care dijangka akan mendapat bantahan.

NONEBuat permulaan, warga maya telah meluahkan bantahan mereka di internet dengan mendidik rakyat tentang apa yang akan berlaku apabila kerajaan melancarkan skim berkenaan yang menyaksikan pelbagai subsidi perubatan yang luas, sebelum ini akan ditarik balik.

'TakNak1Care' atau 'Katakan Tidak kepada Kempen 1Care' di Facebook dan Twitter adalah anjuran Citizens' Healthcare Coalition (CHC) dan disokong oleh Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM).

Kempen ‘Malaysians against 1Care’ setakat ini telah menjana sokong 454 orang yang memilih ‘like’ di Facebook dan 20 pengikut di Twitter. Beberapa persembahan multimedia interaktif mengenai kelemahan skim yang dicadangkan juga disediakan.

CHC berharap rakyat Malaysia akan menyuarakan pandangan mereka sebelum skim yang dicadangkan itu diperkenalkan di seluruh negara. Hujah mereka perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab sosial dan bukannya sebagai komoditi untuk menjana keuntungan.

Menurut CHC, 1Care bukan sahaja mahal kerana rakyat Malaysia akan dipaksa menyumbang 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka kepada sebuah badan kawal selia untuk penjagaan kesihatan asas, tetapi mereka juga tidak mempunyai pilihan dan dikenakan beberapa sekatan.

Spekulasi bertiup kencang cadangan menubuhkan skim itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen pada Mac ini sebelum ia dijadikan undang-undang.

NONE"Selepas membayar begitu banyak, awak tidak boleh memilih doktor awak sendiri kerana kerajaan akan memilih doktor untuk awak dan awak hanya boleh berjumpa dengan doktor yang ditetapkan itu enam kali setahun," kata CHC.

Masalah lain yang dibangkitkan oleh CHC termasuk pesakit hanya boleh berjumpa doktor untuk satu masalah atau penyakit pada satu-satu masa dan kemudian mendapatkan ubat generik.

‘Sokongan semakin kuat’

MALAYSIA CHRONICLE


ALOR SETAR – Walaupun terdapat tekanan daripada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun ia tidak menggugat kedudukan Menteri Besar Kedah itu.

Sebaliknya, Azizan yang kini berhadapan dengan isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menegaskan, kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli Pas di peringkat pusat dan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah tersebut yang baru-baru ini menjalani rawatan kerana masalah jantung berkata, isu berkenaan tidak akan menggugat kepimpinan beliau.

‘‘Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan Pas jika diminta berbuat demikian.

“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam bahawa Pas Pusat akan memanggil Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah untuk memberi penjelasan berhubung tindakan KUIN menggantung lima pelajarnya mengikut AUKU 1971, April lalu.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Pas Pusat perlu mendengar penjelasan tersebut sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakan terhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Isu KUIN dikatakan menjadi ‘senjata baru’ kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Azizan juga dikatakan tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap akan merugikan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, ketika mengulas isu penggantungan mahasiswa berkenaan, Azizan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pakatan pembangkang apabila menyatakan Buku Jingga yang mengandungi manifesto pakatan tersebut bukanlah al-Quran yang perlu dipatuhi sepanjang masa.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau tidak ada masalah untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan parti berhubung isu KUIN itu.

Beliau menjelaskan, tindakan tatatertib terhadap pelajar KUIN itu tidak diambil mengikut AUKU 1971 tetapi berdasarkan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996.

Menurut Azizan, apa yang dinyatakan oleh Buku Jingga berhubung AUKU ialah memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik dan berpersatuan tetapi pelajar berkenaan digantung pengajian kerana mengganggu pentadbiran KUIN dan menjejaskan imej pusat pengajian itu.

Oleh itu, beliau meminta pihak luar yang tidak memahami isu sebenar tidak mencampuri isu dalaman KUIN bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, reputasi Azizan tidak terjejas walaupun terdapat usaha dari dalam atau luar Pas yang cuba menjadikan isu KUIN itu untuk melemahkan kewibawaan menteri besar itu.

“Sokongan terhadap Datuk Seri Azizan dari hari ke hari bertambah kuat kerana kejayaan beliau dari pelbagai sudut termasuk pembangunan KUIN sendiri menyebabkan ada pihak yang cemburu, tetapi ini perkara biasa dalam politik,” katanya.

Sebagai contoh, jelasnya, isu hiburan di bulan Ramadan baru-baru ini juga berjaya ditangani selepas Azizan memberi penjelasan walaupun sebelum itu ada pihak tertentu cuba mencari kelemahan beliau.-Utusan

Khabar angin skim ‘1 Care’ akan kenakan cukai ke atas pesakit

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.

Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.

Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusbya mendapat sokongan orang ramai.

Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.

Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.

The Malaysian Insider difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.

Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac

Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.

Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.

Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .

"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.

Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.

"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.

"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.

Menjelaskan perkara ini, anggota CHC memberitahu The Malaysian Insider, "1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.

"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.

Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.

"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.

"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.

"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.

Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.

CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari.

The Malaysian Insider difahamkan forum itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai Kementerian Kesihatan.-Themalaysianinsider

Nor Mohamed Dipelawa Berdebat Dengan Guan Eng Mengenai Tol

MALAYSIA CHRONICLE


BUTTERWORTH, -- Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Rabu mempelawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berdebat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai tol.

Pengerusi jawatankuasa penganjur debat itu, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, debat bertajuk "Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?" itu akan diadakan pada 29 Feb ini.

Surat jemputan rasmi untuk berdebat dihantar ke pejabat kedua-dua pemimpin itu hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini.

Syed Mikael berkata penganjur sedia memberi kelonggaran kepada Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor untuk mengubah tarikh debat jika beliau tidak boleh menyertai pada tarikh yang ditetapkan.

Baru-baru ini, Nor Mohamed dipetik sebagai berkata janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan kerana kerajaan akan menanggung beban hutang.BERNAMA

Dr M yang cemburu imbas semula kisah pahit: Anwar hanya ingin jadi PM

Maria Begum , Malaysia Chronicle


Bekas PM, Mahathir Mohamad yang sering dituduh cemburukan bekas timbalannya berkata bahawa beliau tidak hairan dengan kenyataak Anwar Ibrahim terhadap “Sekuriti Israel”. PM Najib Razak juga dengan pantas mengatakan bahawa ia suatu pengkhianatan terhadap dunia Islam.

“Beliau akan kata apa sahaja demi untuk ambil alih Putrajaya,” ujar Mahathir yang juga bekas presiden UMNO itu.

Apabila anak murid melebihi guru

Pada tahun 1980-an, Mahathir dengan berhati-hati memujuk Anwar, yang pada ketika itu pemimpin pelajar yang tegas untuk menyertai UMNO. Anwar kemudiaannya berjaya naik sehinggalah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua lelaki ini mula berbalah disebabkan isu ekonomi di mana Mahathir yang lemah itu telah kehilangan berbillion wang negara disebabkan skim-skim yang gagal contohnya cuba mengawal pasaran global timah, spekulasi matawang, mewujudkan syarikat yang mengeluarkan kereta negara, mewujudkan golongan ahli perniagaan yang berpengaruh dan banyak lagi idea dan polisi pelik.

Anwar mencipta nama terutamanya di pentas antarabangsa atas dasar anti-rasuah dan platform untuk reformasi. Beliau dianggap sebagai antara menteri kewangan terbaik rantau Asia dan ia adalah sesuatu yang lain daripada imej Mahathir yang lebih kepada diktator dank keras kepala.

Ini menghasilkan ketegangan yang besar antara kedua-dua lelaki ini. Ia semakin memuncak pada perbicaraan kes liwat tahun 1998 ke atas Anwar. Disebalik tuduhan yang lemah itu, Mahathir tetap mendesak keputusan bersalah dan hanya selepas beliau bersara Mahkamah Persekutuan berani membersihkan Anwar daripada pertuduhan itu.

Sehingga sekarang, ahli UMNO tidak menyangkal hakikat bahawa Anwar jauh lebih popular berbanding Mahathir yang sentiasa takut dicabar Anwar untuk jawatan presiden. Apabila Anwar dipecat dan dipenjarakan pada tahun 1998, ia telah menyebabkan perpecahan UMNO dan parti tersebut kekal lemah disebabkan insiden ini.

Tetap membenci

Sementara itu, kebencian Mahathir terhadap Anwar tidak berkurang dan beliau telah menemui pelbagai cara untuk memberi tekanan kepada waris-warisnya dalam UMNO untuk memastikan Anwar kekal di dalam penjara.

BAru-baru ini apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat yang direka cipta buat kali kedua, Mahathir mendesak kerajaan untuk merayu. Najib yang lemah itu pun bersetuju.

“Dia (Anwar) memang bersimpati dengan orang Yahudi dan dia banyak kawan dalam Kongress AS dan Senat yang bangsa Yahudi. Dia jumpa Paul di sana selama 3 jam dan ini menunjukkan bahawa dia memang ada hubungan rapat dengan Israel,” kata Mahathir.

Anwar reportedly said in the Wall Street Journal last week that he had supported “all efforts to protect the security of the state of Israel”. His comments were pounced on by the ruling Umno-BN government, eager to whittle down Anwar's popularity with the Malays ahead of general elections widely expected to be held this year.

Anwar telah dilaporkan sebagai berkata kepada Wall Street Journal pada minggu lepas bahawa beliau “menyokong segala usaha menjaga keamanan Israel”. Komen beliau digunakan oleh kerajaan UMNO-BN yang bersungguh-sungguh ingin melenyapkan popularity Anwar dikalangan orang Melayu sebelum pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Anwar telah memberi amaran kepada pemimpin UMNO untuk tidak memutarbelitkan kata-kata beliau dan mengatakan bahawa kenyataan beliau selari dengar dasar Malaysia terhadap Israel.

“Tiba-tiba, selepas banyak kritikan, dia dakwa dia menyokong penyelesaian dua negara. Dia tak sebut pun pasal keselamatan rakyat Palestine yang merupakan mangsa sebenar,” ujar Mahathir yang jelas masih benci Anwar. Malaysia Chronicle