Khamis, 12 Februari 2009

Pakatan Rakyat Bantah Larangan Berceramah

Editor Buletin Online


Walaupun larangan ceramah dibuat oleh polis bagi seluruh negeri, namun pemimpin Pakatan Rakyat membantah dan berkata larangan tersebut adalah bukti bahawa Barisan Nasional (BN) sedang gawat menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang bakal di adakan.

"Kita membantah larangan tersebut, ia adalah peraturan yang tidak adil yang menyekat kebebasan bersuara, kita akan terus berkempen,"kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Malaysian Insider.

Timbalan Pesuruhjaya Perhubungan PAS Perak, Hj Asmuni Awi berkata larangan itu, walaupun dikuatkuasakan, ia tidak melibatkan ceramah dalam premis milik parti.

"sekiranya larangan sebaliknya, ia adalah sesuatu yang melampau, seolah-olah meletakkan Perak dalam kepungan, ia tidak akan menjadikan keadaan lebih baik,

"kami (PAS) sentiasa mengadakan ceramah (untuk pilihanraya), dan tak perlu menunggu hari penamaan calon,"katanya yang menegaskan bahawa ceramah adalah satu-satunya media bagi PAS untuk berkomukasi dengan massa.

"Media kerajaan memfitnah kami (pakatan Rakyat), mengata kami drhaka kepada Sultan dan macam-macam, menjadi hak kami untuk mempertahankan diri kami,"kata Asmuni.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Ismail Dagang berkata larangan ceramah seumpama pernah dikuatkuasakan di Terengganu.

"Apabila UMNO dan BN tertekan, mereka akan mengarahkan polis untuk menyekat PAS dari menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat,"katanya yang memetik peristiwa perobohan masjid Bujal tahun 2005, menjadi sebab mengapa UMNO dan BN Terengganu terdesak.

0 ulasan: