SM Noor & WanKay
Kuala Terengganu - Kepimpinan PAS Terengganu mengucapkan terima kasih dan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Kampung Cina dan komuniti Cina Kuala Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian dalam ucapannya petang Khamis lalu di Kampung tiong Kuala Terengganu.
”Kita (PAS) ucapkan terima kasih diatas segala kerja, sokongan dan undi pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu,
”saya juga ucapkan Gong Xi Fa Cai, dengan ucapan supaya tahun lembu ini akan memberikan kemakmuran kepada semua, kita mahu lembu kita gemuk,
”bukan lembu kurus yang boleh dijual beli macam apa yang UMNO jual beli sekarang ini,”katanya.
Beliau mengharapkan segala usaha dan kejayaan yang dicapai dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan berkekalan hingga PRU 13 yang akan datang.
Katanya ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut akan membawa suara warga Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu ke Parlimen Malaysia.
”Kita hilang kesemuanya lebih kurang RM 25 bilion yang dirasmpas oleh kerajaan pusat, kerajaan pusat tidak guna lagi hasil pusat untuk memerintah negeri Terengganu, dia guna duit kita,
”Dengan itu kita hilang bantuan daripada kerajaan pusat dan juga kita hilang duit kita, royalti yang dirompak oleh kerajaan pusat,
”Inilah orangnya, ahli parlimen yang baru kita pilih, yang akan menyuarakan isu royalti yang belum lagi selesai, dan dia (Wahid) akan menyuarakan hingga kita dapat kembali hasil royalti minyak kita,”katanya disambut dengan tepukan bergemuruh .
Katanya dengan hasil tersebut kita (Pakatan Rakyat) akan bangunkan negeri Terengganu sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS sewaktu memerintah Terengganu.
”Walaupun hasil kita dirampas duit kita, tuan-tuan boleh tengok siapakah yang bangunkan pekan Wakaf Tapai, kita buat bandar baru di Wakaf Tapai, di Paka kita buat bandar baru, di Bukit Payung kita buat bandar baru,
”Kita nak ukur dengan masjid Kristal yang dia buat, apa gunanya kepada rakyat, sedangkan disini, ini bukan lagi wajah sebuah bandaraya,”katanya sambil menunjukkan jawasan terbiar dalam keadaan semak samun yang masih wujud bersebelahan dengan Kampung Tiong.
Majlis Makan Kesyukuran dan Tahun Baru Ahli Parlimen Kuala Terengganu bersama Komuniti Cina dianjurkan oleh Kelab Penyokong PAS Terengganu.
Serama lebih 500 orang masyarakat Cina hadir ke majlis tersebut yang membuktikan bahawa dakwaan pimpinan MCA meleset.
Dengan kehadiran yang ramai membuktikan komuniti Cina telah memberikan komitmen dan menyokong PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hj. Hanafiah Mat@Ramli dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing.
Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib?
11 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan