BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan parti itu sedang memujuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP untuk menyertai MCA dan menyifatkannya sebagai khabar angin dan tanggapan umum semata-mata.
"Orang gembar-gemburkan, ia semata-mata satu tanggapan dan khabar angin," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Damansara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang mengatakan MCA sedang memujuk seorang ADUN DAP untuk menyertai parti itu dan perbincangan mengenainya telah diadakan sejak dua minggu lepas.
Akibat khabar angin itu dan "kehilangan" dua wakil rakyat kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) sejak 26 Jan lepas, kedudukan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dikatakan goyah.
Ong berkata, perkara itu bersifat spekulasi yang dihebohkan sesetengah pihak dan ia tidak terjadi sepertimana yang dijangka malahan wakil DAP itu tidak menemuinya.
Sementara itu, Ong berkata, lawatannya ke SJKC itu ialah bagi menyerahkan cek bernilai RM200,000 untuk membaik pulih sekolah berkenaan.
Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib?
11 beberapa jam yang lalu

1 ulasan:
Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah
“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.” Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong
Catat Ulasan