Jumaat, 20 Mac 2009

14 April tarikh akhir tuntut rebat

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan sehingga 14 April ini tempoh tuntutan rebat tunai bagi subsidi petrol kepada pemilik kenderaan, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac.

Pos Malaysia, dalam satu kenyataan semalam, berkata pemilik kenderaan yang layak, digalakkan memperbaharui cukai jalan kenderaan di mana-mana 691 pejabat pos di seluruh negara untuk membolehkan mereka menerima rebat tunai pada hari yang sama.

Mereka juga boleh membuat tuntutan melalui portal transaksi dalam talian Pos Malaysia PosOnline di www.posonline.com.my yang mempunyai kemudahan untuk memasukkan tuntutan rebat ke dalam akaun bank masing-masing.

Bagi yang tidak dapat buat tuntutan pada waktu bekerja, mereka boleh mengunjungi pejabat pos yang beroperasi selepas waktu bekerja atau pejabat pos yang dibuka pada hari minggu.

Pada Jun tahun lalu, kerajaan mengumumkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan harga petrol.

0 ulasan: