Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas memberi keterangan kepada polis berhubung laporan mereka telah meletakkan jawatan ADUN bulan lalu.
ADUN Changkat Jering, Kapten (B) mohd osman mohd jailu dan rakan sejawatannya dari Behrang, Jamaluddin mohd radzi berada di Jabatan Komersial Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak kira-kira sejam bermula 2.30 petang.
Minggu lalu Osman, Jamaluddin dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong telah memfailkan permohonan membatalkan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar yang menyatakan kerusi bagi kawasan masing-masing telah dikosongkan.
Sivakumar sebelum ini mengumumkan bahawa tiga kerusi DUN yang diwakili mereka telah dikosongkan selain mereka bukan lagi ADUN yang sah serta tidak layak menghadiri sidang DUN.
Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib?
11 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan