Irwan Muhammad Zain
BUKIT GANTANG - Penduduk dan pemimpin masyarakat di Dun Trong kecewa dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak membangunkan Pekan Trong sejak merdeka kira-kira 52 tahun yang lalu.
Ketua Kampung Sungai Tinggi, Mansor Jaffar berkata, setiap kali diadakan pilihan raya pemimpin BN berjanji akan membangunkan pekan tersebut namun janji tetap tinggal janji.
Namun, tegasnya, apa yang berlaku sehingga kini pekan Trong masih kelihatan seperti pekan di tahun-tahun 1970an dahulu, menggambarkan sikap menganak-tirikan kawasan perkampungan terbabit wujud.
Dalam hal ini, Mansor berkata, selain sebuah balai lama, pejabat pos tidak berubah sejak dahulu dan keadaan deretan kedai yang tidak tersusun serta keadaan yang agak memalukan pada pengunjung ke daerah ini.
"Persoalannya kenapa kemudahan untuk rakyat di dalam Dun Trong ini tidak boleh diutamakan sejak sekian lama dari merdeka dahulu lagi sedangkan untuk pembaziran berjuta projek lain dapat dilakukan dengan segera?," soalnya lagi.
Mansor juga kecewa dengan keadaan jalan raya di pekan tersebut yang menyebabkan perjalanan ke Taiping memakan masa sejam.
Begitu juga dengan Pejabat Pos, katanya, bukan sahaja bangunan yang lama dan usang sejak awal merdeka lagi malah beliau sendiri serta orang ramai pernah beratur sehingga ke bawah bangunan itu.
"Kami berharap agar pembangunan Pekan Trong ini dapat disegerakan bagi mewujudkan kemudahan kepada rakyat setempat dan tidak membezakan layanan terhadap kawasan-kawasan dalam negeri ini," tambahnya lagi.
Mansor juga percaya keadaan di pekan tersebut hanya akan berubah jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana telah terbukti selama 11 bulan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Perak banyak kemudahan dapat dilaksanakan. - mks. _
Rais buta mana harta negara & Umno
5 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan