Rabu, 8 April 2009

Rakyat hilang kepercayaan pada Umno-BN

Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau memperlihatkan lanskap politik Malaysia sudah berubah.

Ini ujarnya, kebangkitan kuasa rakyat sudah bermula dan secara terang-terangan tempat dalam era politik Malaysia yang berusia lima puluh tahun ini beralih arah.

Kemenangan calon PAS Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang dan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), S Manikumar di Bukit Selambau menunjukkan kepercayaan kurafat yang Barisan Nasional (BN) saja mampu majukan negara dan perpaduan antara kaum negara ini terjamin ditolak rakyat pelbagai kaum.

"Rakyat sebenarnya hilang kepercayaan sama ada Umno mahupun BN membuktikan mereka berubah dan rakyat hilang kepercayaan sebab 50 tahun bukan tempoh singkat untuk memberikan mana-mana pihak membukti keupayaan mereka," katanya yang dihubungi Harakah Selasa lalu.

Pada 7 April lalu menyaksikan tiga pilihan raya kecil dilangsungkan iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Dalam pilihan raya tersebut, kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau, manakala di Batang Ai memihak kepada BN.

Sementara itu Athirah berkata, kali ini rakyat sedang memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membukti kemampuan mereka mentadbir negara.

Kerana itu tegasnya pemimpin dan semua petugas serta penggerak Pakatan Rakyat mesti membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara.

"Sebab itu yang mesti semua pemimpin, penggerak dan petugas Pakatan Rakyat kena ingat kemenangan yang dicapai bukan satu kejayaan yang semudah-mudahnya diberikan oleh rakyat.

"Tetapi rakyat mahukan sesuatu yang dapat dibuktikan oleh politik Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat akan bangkit dan mewarnai politik ini dengan 'servis oriented' kepada rakyat bukan lagi 'power oriented'.

Beliau berkata pemimpin Pakatan Rakyat perlu turun terus kepada rakyat dengan bertemu dan menyedarkan mereka.

"Bukan menunggu apabila ditolak baru kita hendak berubah agar kita tidak rebah sepertimana Barisan Nasional dan Umno," katanya.

Ini katanya, kejayaan rakyat khususnya negeri Perak dan juga Bukit Selambau, Kedah menghantar satu referundum kepada pemerintahan kerajaan yang sekarang ini di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa jangan main-main dengan rakyat.

Ini katanya rakyat tetap bangkit dan memilih yang terbaik.

Dengan itu katanya kemenangan tesebut tidak boleh melalai Pakatan Rakyat mesti diperkuatkan dan servis oriented itu yang mesti dipaksikan oleh kepimpinan yang ada sekarang.

Mengulas mengenai kekalahan di Sarawak katanya, sebenarnya itu bukan kekalahan tetapi satu kemenangan memandangkan majoriti BN itu sebanyak 1800 itu untuk sebuah negeri Sarawak yang jauh di sana.

Contohnya katanya, PAS sendiri belum wujud di semua kawasan dan penajaan cawangan PAS pun belum betul-betul digerakkan.

"Itu bukan satu kekalahan tetapi satu kemenangan, rakyat Sarawak sedang menanti-nantikan kita.

"majoroti 1800 yang diperolehi BN itu tidak boleh mendabik dada. "Saya sebagai orang Sabah faham suasana Sabah dan Sarawak berbeza.

"Tekanan-tekanan yang ada di Sabah dan Sarawak berbeza sebab itu apa yang berlaku di Batang Ai itu bagi kita dalam PAS, pimpinannya kena ambil serius kepada Sabah dan Sarawak.

"Tolong ambil serius kepada Sabah dan Sarawak sebab Batang Ai sudah menunjukkan signal yang sangat jelas bahawa rakyat Sabah dan Sarawak ternanti-nanti Pakatan Rakyat," serunya.

Oleh sebab itu katanya,PAS mesti perkukuh kedudukannya sebagai sebuah parti yang dominan dan juga sudah begitu lama dalam persada politik tanah air. - mks. _

0 ulasan: