SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM - Forum memperingati 40 tahun insiden ketegangan kaum - 13 Mei 1969 pada Rabu adalah forum membincangkan pandangan lapan ahli panel dalam menentukan hala tuju negara sejajar dalam pelbagai perspektif.
Penganjur, Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, penganjuran forum tersebut adalah jelas dan menolak sebarang persepsi mengaitkan inti pati perbincangan dalam program tersebut akan berbaur perkauman.
“Ini bukan ceramah, ini adalah forum profesional yang menampilkan perbincangan berhubung hala tuju negara seiring dengan misi ‘Satu Malaysia’ yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjayakan perpaduan dan nilai bersatu padu antara kaum.
“Ahli panel akan membincangkan perkara tersebut dan mengaitkan misi tersebut dengan perkembangan semasa dalam negara selepas 40 tahun insiden 13 Mei berlalu,” kata beliau lagi.
Majlis Forum yang dijadualkan berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu bermula jam 8 malam dengan dibarisi ahli-ahli panel seperti bekas setiausaha politik Tun Abdul Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Ahli panel lain yang turut dijemput ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, bekas Hakim Mahkmah Rayuan, Chan Nyan, Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom dan Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar, Tricia Yeoh Su-Wern
Menurut Weng San, setiap ahli panel diberi masa menyatakan pandangan terhadap masa depan negara termasuk membuka ruang kepada orang awam yang hadir menyatakan reaksi mereka terhadap konsep ‘Satu Malaysia’.
“Kita yakin forum ini bukan untuk bercerita mengenai 13 Mei tetapi platform untuk menyatakan harapan terhadap apa yang bakal berlaku pada negara pada masa akan datang.
“Lagipun, kesemua panel dan orang awam yang hadir adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bangsa termasuklah generasi yang lahir sebelum dan selepas 13 Mei 1969,” katanya.
Weng Sang juga menjangkakan 500 hingga 1,000 orang akan hadir menjayakan majlis forum tersebut.
MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat
2 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan