SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak yang sah sebagai kemenangan kepada rakyat dan sistem demokrasi di negara ini.
Beliau berkata, keputusan itu membuktikan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini dan semua institusi kerajaan wajar menghormati segala yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan.
“Sejajar dengan itu adalah penting kita mengiktiraf sidang bawah pokok berlangsung pada 3 Mac lalu serta segala resolusi diluluskan pada hari tersebut,” katanya memetik dalam blog rasminya, semalam.
Anwar menyeru jawatan dan kuasa selaku Menteri Besar Perak segera dikembalikan kepada Mohammad Nizar.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) juga berpegang kepada pendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar serta-merta bagi mengembalikan hak kepada rakyat menentukan kerajaan mana diberi mandat menerajui negeri itu.
“Kami yakin rakyat pasti memilih terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, PR menunjukkan iltizam tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa perubahan,” katanya.
MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat
2 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan