Sabtu, 9 Mei 2009

Mohd Sabu, Aziz Bari, Mustafa dan Ragunath pada Forum "Matinya Demokrasi di Perak" malam ini

Tarmizi Mohd Jam


KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Mohd Sabu bersama tiga panelis lain akan menyertai Forum "Matinya Demokrasi di Perak" yang akan diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada Sabtu 9 Mei ini, jam 9.30 malam.

Ahli panel lain termasuklah Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kasevan. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang dilaporkan akan bertindak sebagai moderator pada majlis tersebut, menarik diri dan digantikan dengan Ahli Parlimen KUala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad.

Demikian dimaklumkan Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, program anjuran PAS Bukit Bintang ini bertujuan untuk menjelas atau mendebatkan kemelut yang melanda Perak sejak empat bulan lalu dan ia termasuk isu terkini, sidang Dun 7 Mei yang mencacat sejarah hitam dalam demokrasi tanah air disamping pelbagai saman yang masih terlekat di mahkamah.

Beliau menyeru orang ramai hadir bagi mengikuti program yang julung kali diadakan di Markaz PAS Taman Melewar ini.- TMJ_

0 ulasan: