UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Kualiti udara di ibu negara dan Klang berada di tahap tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan antara 101-200.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, kemerosotan kualiti udara akibat jerebu di sekitar Lembah Klang pada masa ini berpunca daripada beberapa kebakaran tanah gambut.
"Kebakaran itu melibatkan kawasan di sekitar Jalan Kebun, Shah Alam dan Tanjung Duabelas di Kuala Langat.
"Malah berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak penglihatan di Subang Jaya, Petaling Jaya dan Sepang sehingga pukul 12 tengah hari merosot kepada empat kilometer hingga lima kilometer," katanya.
Sementara itu, kata JAS, 30 kawasan lagi berada pada tahap sederhana manakala 18 lagi berada pada tahap baik.
Menurutnya, penilaian itu direkodkan dari 51 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara sepanjang 24 jam lalu.
Dalam pada itu JAS menasihati orang ramai agar tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.
Orang ramai juga diminta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil dan juga melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999 dan JAS di talian 1-800-88-2727.
Masyarakat India bakal tolak BN dalam PRU13
4 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan