UTUSAN ONLINE
SEPANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan ketegangan dengan memutarbelitkan fakta kes Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu.
Tegas beliau, pihak polis perlu diberi peluang menyelesaikan siasatan kes yang kini siap 60 peratus.
‘‘Kita sedang jalankan siasatan, tetapi kalau cuba putar belitkan fakta oleh kerana nak ganggu tanpa siasatan muktamad, kita akan ambil tindakan sepatutnya.
‘‘Kita nak tahu bagaimana kes itu terjadi, kita kena tengok cara macam mana, adakah dia terjun sendiri atau ada kaitan dengan orang lain. Saya ikut akta yang kita siasat dan selepas itu kita akan buat cadangan kepada Peguam Negara,’’ katanya.
Beliau ditemui pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba dari lawatan kerja empat hari di Arab Saudi.
Kes Beng Hock, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.
Beliau ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Budaya Ganas Semakin Menular Menjelang Pru 13
45 saat yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan