BERIATA HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR: Tahap jerebu di negara ini menunjukkan peningkatan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 5 petang semalam mencatatkan hanya 22 kawasan pada tahap baik sementara 27 iaitu 54 peratus kawasan di tahap sederhana, manakala satu di tahap tidak baik.
Kawasan menunjukkan kadar bacaan mencecah tahap kualiti tidak baik adalah di Tanjung Malim, Perak yang mencatatkan bacaan IPU 107 petang semalam, berbanding IPU 35 pada jam 11 pagi.
Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), tahap bacaan kualiti udara sentiasa berubah setiap masa iaitu berbeza daripada bacaan dicatatkan sehingga jam 11 pagi semalam apabila hanya 36 kawasan berada pada tahap baik, sementara 15 kawasan lagi sederhana.
Sementara itu, jurucakap JAS berkata, jerebu di sekitar Lembah Klang pagi semalam kerana kebakaran di titik panas di Sumatera, Indonesia.
Budaya Ganas Semakin Menular Menjelang Pru 13
53 saat yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan