Jumaat, 17 Julai 2009

Kes Liwat Saiful Bukhari Azlan Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Siapakah Sebenarnya Yang Bakal Jadi Mangsa Konspirasi Ini Agaknya !

PAHANG DAILY
(Eksklusif)


Perbicaraan kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin hangat diperkatakan sekarang ini. Biarpun tarikh perbicaraan disambung semula ke 24 Julai 2009, namun ramai yang meramalkan masa yang ditetapkan itu pasti akan berganjak dari masa ke semasa. Ini berikutan sikap berdolak-dalih pendakwaraya dalam membenarkan salinan bahan bukti seperti dokumen dan sebagainya diserahkan kepada peguam Anwar untuk dinilai.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengejutkan semua pihak bila mengarahkan perbicaraan terus dijalankan biarpun Anwar memohon untuk menetapkan tarikh baru bagi tujuan menggantikan Ketua Peguamnya, Datuk Sulaiman Abdullah yang kini mengalami masalah kesihatan.

Sulaiman dikatakan telah menarik diri daripada mengendalikan kes Anwar akibat masalah tersebut. Keputusan hakim tidak membenarkan ia ditangguhkan, atas alasan kes itu adalah kepentingan umum adalah tidak munasabah sama sekali.

Kes yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah hal peribadi kedua-dua individu terbabit dan bukannya umum. Maka itu, hak Anwar untuk membela dirinya adalah termaktub dalam perlembagaan. Mujurlah mahkamah kemudia membenarkan permohonan mendapatkan dokumen Anwar dipatuhi oleh pendakwaraya.

Maka kini, penguambela Anwar akan dibekalkan dengan salinan bahan-bahan serta dokumen berkaitan untuk dinilai. Semua ini adalah rentetan daripada satu permintaan yang telah dibuat sejak sekian lama.

Soalnya, mengapa perlu pihak pendakwaraya menyembunyikan bahan-bahan terbabit?. Malah, sebelum ini kita juga ada mendengar peguam Anwar tidak dapat memperolehi salinan repot polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Semua ini mengundang seribu persoalan sebenarnya.

Saiful Berserah Dan Redha Segala yang Berlaku

Dalam pada itu, mangsa liwat si Saiful Bukhari Azlan masih seperti biasa menulis dalam blognya. Terbaru beliau menyatakan bahawa walaupun terkilan, namun dirinya tetap menghormati dan redha dengan keputusan Mahkamah semalam.

Katanya "Kebenaran untuk memperoleh keterangan dan yang lain-lain lagi amat memberi kelebihan kepada pihak tertuduh. Ini ditambah dengan dokumen-dokumen yang telah mereka perolehi sejak sekian lama".

Apakah maksud persoalan yang ditimbulkan oleh Saiful ini. Beliau seolah-olah kecewa dengan perkembangan yang berlaku, dan menjangkakan peluangnya untuk menang amat tipis bila segala bukti dan dokumen terbabit diserahkan kepada peguam Anwar.

Walhal, penyerahan dokumen berkenaan adalah menjadi satu syarat dan memang termaktub dalam amalan perundangan negara kita. Ini kerana pihak yang dituduh memang mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Masalahnya ialah pihak pendakwaraya yang cuba menggagalkan tujuan tersebut. Apakah Saiful juga terlibat dalam memastikan segala dokumen berkaitan disorok?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya.

Menurut Saiful lagi "Ia ibarat seperti dalam satu perlawanan, segala strategi dan senjata lawan sudah diketahui atau diambil oleh pihak musuh sebelum perlawan itu bermula. Adil atau tidak? Terpulang pada anda untuk menilai" katanya.

Kenyataan ini jelas menggambarkan yang Saiful memang tidak faham prosedur undang-undang itu sendiri. Maka itu beliau tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

0 ulasan: