Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional esok sempena 100 hari beliau menyandang jawatan Perdana Menteri.
"Kita akan gubal, kita akan perkenal KPI nasional... kita akan kenal pasti lima hingga enam bidang yang dekat dengan rakyat.
"Saya akan mengumumkan bidang-bidang utama (KPI nasional) pada 11 Julai ini iaitu genap 100 hari (menjadi Perdana Menteri), lima hingga enam bidang utama," kata beliau dalam komen video ketika menjawab soalan salah seorang pengunjung blognya.
Esok genap 100 hari Najib menerajui negara sebagai Perdana Menteri yang keenam.
Isnin lalu, Najib berkata, beliau akan mengumumkan Bidang Keputusan Utama (KRA) dan KPI negara yang akan menjadi keutamaan kerajaan bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dalam masa terdekat.
"Ini merupakan satu pendekatan yang akan memberi nafas baru dalam usaha kita membawa negara ke tahap yang lebih berjaya lagi," katanya.
Salehuddin Disambut Meriah Masyarakat Cina Johor
1 minit yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan