MYMETRO
KUALA LUMPUR: Kuala Selangor dan Sri Manjung, Perak, kini berada dalam paras udara tidak sihat manakala kualiti udara di seluruh negara merosot sedikit berbanding sebelumnya.
Berdasarkan laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 11 pagi semalam, Kuala Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada 106.
Manakala Sri Manjung yang sebelum ini berada dalam zon sederhana mencatat IPU tidak sihat iaitu pada bacaan 104.
Sebanyak 40 daripada 50 kawasan yang dipantau seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada zon sederhana iaitu antara 51-100.
Antara kawasan terbabit ialah Petaling Jaya (84), Pelabuhan Klang (94), Kajang (87), Batu Muda (94) dan Cheras (86).
Salehuddin Disambut Meriah Masyarakat Cina Johor
1 minit yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan