UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan yang berhasrat menggunakan gas asli (NGV) sebagai bahan bakar dinasihatkan supaya hanya memilih kedai yang diiktiraf untuk memasang tangki bahan bakar tersebut pada kenderaan mereka.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, pemasangan dan penggunaan tangki NGV sebenarnya selamat jika pengguna mengikut garis panduan yang betul.
‘‘Masalah yang berlaku kebelakangan ini mungkin disebabkan pemilik kenderaan memilih jalan mudah dengan memasang tangki NGV di kedai-kedai yang tidak diiktiraf untuk menjimatkan kos pemasangan.
‘‘Mereka tidak fikir kesan masa panjang dan terus memasang tangki NGV di kenderaan mereka sewenang-wenangnya,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penggunaan tangki NGV pada kenderaan rakyat negara ini.
Mingguan Malaysia melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), S. Piarapakaran, mengenai beribu kereta di jalan raya menggunakan NGV sebagai bahan api, diibaratkan seperti ‘peluru berpandu bergerak dengan bom’.
Ini kerana, kata Piarapakaran, pada masa ini banyak tangki NGV pada kenderaan yang dipasang di kedai yang tidak diiktiraf dan sebarang kesilapan dalam pemasangan atau kebocoran boleh mengakibatkan letupan apabila berlaku perlanggaran.
Salehuddin Disambut Meriah Masyarakat Cina Johor
1 minit yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan