TV SELANGOR
Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan di luar pejabat.
Itulah keputusan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tengah hari tadi.
Menurutnya, ia dibuat sebagai jaminan agar kejadian yang menimpa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock yang ditemui mati selepas soalsiasat PSRM semalam, tidak berulang.
”Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan tidak membenarkan pegawai kita diselidik siasat diluar pejabatnya dan Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan peguam untuk membantu mereka ketika disoal siasat,” katanya.
Tan Sri Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan menyediakan khidmat peguam apabila berlaku siasatan, bagi menjamin keselamatan pegawai atau kakitangan kerajaan yang disoalsiasat.
Selain itu, beliau juga menyarankan agar sebuah Suruhanjaya Diraja bagi membantu siasatan kes ini ditubuhkan segera, seterusnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti SPRM.
“Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengetahu apa yang berlaku dan kembalikan imej Suruhajaya Pencegahan Rasuah bukan sebagai pembunuh tetapi sebagai badan yang diluluskan parlimen untuk mengurangkan atau hapuskan gejala,” jelasnya.
Dalam pada itu, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, jam 4.30 petang Ahad ini, bagi menceritakan kepada rakyat peristiwa mengenai kematian Teo yang menimbulkan seribu tanda tanya.
Tan Sri Khalid berkata, semua pemimpin pakatan rakyat akan menghadiri perhimpunan ini dan orang ramai turut dijemput hadir.
Sementara itu, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, semua agensi penguatkuasa di Malaysia perlu berlandaskan kepada peraturan kanun keseksaan jenayah dan bukan membuat peraturan sendiri.
“Dalam kanun ini hanya fasa 117 ada sebut tentang 24 jam iaitu seorang pegawai penyiasat yang tidak dapat menghabiskan siasatannya perlu membentangkan pemohonan kepada majistret, dalam kes ini, mereka dipanggil sebagai saksi. Tanpa waran dan cara penyiasatan SPRM ini,” katanya.
Teresa berkata, cara SPRM menyiasat adalah tidak professional kerana melemparkan tuduhan dan kata-kata kesat terhadap saksi sambil memaksa saksi mengakui kesalahan yang tidak dilakukan.
Menurutnya, sebelum ini Pakatan Rakyat memang menyokong rang undang-undang penubuhan SPRM yang diluluskan di Parlimen kerana objektif penubuhannya adalah untuk menghapuskan rasuah, tetapi kaedah yang digunakan SPRM didapati tidak sesuai.
Mengenai laporan awal polis yang mengatakan kematian Teoh adalah kematian mengejut tanpa unsur pembunuhan, Teresa berkata, Pakatan Rakyat dan orang ramai tidak berpuas hati dan mahu siasatan diteruskan oleh Suruhanjaya Diraja.
“Ramai orang tidak terima tentang alas an yang diberi oleh polis tentang kematian ini dikatakan kematian mengejut kerana ada banyak tanda Tanya, apa yang adil adalah untuk tubuhkan suruhan jaya independent untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hok,” jelasnya.
Salehuddin Disambut Meriah Masyarakat Cina Johor
1 minit yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan