BERITA HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR: Kerajaan menghadapi masalah untuk membiayai pinjaman Tekun Nasional (Tekun) kepada peminjam baru berikutan kegagalan ramai peminjam menjelaskan hutang mereka yang kini berjumlah RM225 juta.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi pinjaman yang dikeluarkan hingga Mei lalu sangat tinggi, iaitu 15 peratus daripada RM1.32 bilion yang diberikan sejak 1999.
Beliau berkata, ia menyukarkan kerajaan memberi pinjaman kerana dana sedia ada tidak mencukupi, manakala permohonan yang diterima setiap tahun meningkat lebih dua kali ganda sehingga ramai yang terpaksa menunggu giliran.
Katanya, jumlah permohonan yang diterima dan sedang dalam pertimbangan adalah 15,687 pemohon membabitkan anggaran pembiayaan sejumlah RM348 juta.
"Kalau peminjam tidak bayar, orang lain tidak boleh mendapat pinjaman sebab ini duit tabung pusingan. Kalau tak bayar macam mana nak pusing.
"Kerajaan beri tambahan dana sebanyak RM100 juta pun tidak boleh menyelesaikan masalah kalau peminjam terus tegar tidak mahu bayar hutang. Saya merayu kepada peminjam ini supaya mengasihani kawan mereka yang mahu buat pinjaman," katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Kempen Membayar Hutang Tekun Nasional yang dilaksanakan kementerian mulai bulan ini bagi menggalakkan lebih ramai peminjam membayar hutang mereka setiap bulan.
Mengulas lanjut, Noh berkata institusi kredit mikro itu yang memberi pembiayaan kepada hampir 150,000 usahawan, mensasarkan kutipan sebanyak 50 peratus sebulan menerusi kempen ceramah pendidikan dan agama, selain insentif pe-ngurangan dan penjadualan bayaran balik pinjaman.
"Kalau kita dapat kutip 50 peratus dari kempen ini pun sudah cukup baik. Kutipan sekarang sebanyak RM15 juta sebulan dan sasaran kita RM30 juta sebulan daripada pinjaman yang diberikan purata RM40 juta sebulan," katanya.
Salehuddin Disambut Meriah Masyarakat Cina Johor
1 minit yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan