Khamis, 23 Julai 2009

Pemotongan 50 Peratus Denda Cukai Tanah dan Cukai Taksiran Bantu Rakyat

TV SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan denda cukai tanah dan cukai taksiran sebanyak 50 peratus kepada penduduk yang menjelaskan cukai masing-masing, sebelum akhir tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia bertujuan meringankan beban dan menggalakkan mereka yang didenda, membayar cukai dan denda yang dikenakan sebelum 31 Disember ini.

“Walaubagaimanapun, untuk memberikan peluang bagi mereka yang kena denda dan menggalakkan mereka membayar cukai mengikut masa, kerajaan negeri telah mengarahkan semua pejabat-pejabat daerah untuk memotong denda tersebut sebanyak 50 peratus, jika di bayar dalam tahun ini sehingga 31 Disember tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Tan Sri Khalid berkata, pengurangan denda cukai berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang menghadapi kesan kewangan berikutan kelembaban ekonomi sejak tahun lalu.

0 ulasan: