Editor Buletin
DUNGUN – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyelesaikan segera masalah dihadapi peneroka khususnya masah tanaman semula kelapa sawit di Felda Kerteh.
Beliau berkata, walaupun telah dua penggal mengambil alih pemerintahan negeri sejak 2004, BN masih gagal menyelesaikan masalah rakyat.
Katanya, para peneroka kini berhadapan kemelut tanaman semula kelapa sawit yang dikatakan diambil alih pihak Felda tanpa persetujuan mereka.
“Saya difahamkan pihak Felda mengadakan perbincangan dengan peneroka, mereka diberi beberapa pilihan. Bagaimanapun sebahagian daripada peneroka yang memilih untuk menanam sendiri kelapa sawit di ladang mereka tidak berpuas hati selepas pihak Felda dikatakan berkeras menguruskan ladang milik peneroka ini.
“Peneroka tidak bersetuju untuk menyerahkan kepada pihak Felda kerana walaupun mereka diberikan elaun sara hidup sebagai ganti, namun ia dikatakan dalam bentuk hutang yang perlu dibayar balik. Jika begini keadaannya, bermakna peneroka terbabit akan terus dibebani hutang yang akan berlanjutan sehingga generasi seterusnya,” katanya.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun berkata jika Felda tetap ingin meneruskan projek berkenaan walaupun tanpa persetujuan peneroka, ia boleh dianggap satu penindasan kepada mereka yang sudah mendiami kawasan berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.
“Jika begini keadaannya, slogan rakyat didahulukan hanya retorik semata-mata. Buktinya, masalah rakyat tidak mendapat perhatian, persoalannya kenapa di sesetengah kawasan geran diberikan kepada segelintir peneroka dan mereka sudah mengusahakan sendiri tanaman mereka serta berjaya. Kenapa peneroka di kawasan ini tidak dapat berbuat demikian?
“Sekiranya BN yang sudah dua penggal memerintah negeri ini masih gagal menyelesaikan masalah peneroka ini, tidak mustahil mereka akan memberikan sokongan kepada pembangkang dalam Pilihan Raya ke-13 sekali gus akan menumbangkan kerajaan BN,” katanya.
Tunku Aziz: Saya dipaksa keluar DAP 'dengan lembut'
1 minit yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan