Selasa, 21 Julai 2009

SU Hadi jadi korban konflik PAS

MALAYSIA KINI


Setiausaha akhbar presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi korban awal dalam pergelutan dua aliran besar dalam parti itu khususnya berhubung kerajaan perpaduan dan rundingan sulit dengan Umno.

Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga seorang penulis blog, digugurkan daripada jawatannya tersebut setelah satu mesyuarat pemimpin atasan parti menerima bantahan terhadap peranannya.

Selain mesyuarat sebulan lalu, selepas muktamar PAS awal Jun, surat aduan tentang sikapnya - yang dianggap antara tokoh utama di belakang kempen mengekalkan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa - dalam usaha menentang gerakan "kumpulan Erdogan."

Sejak tahun lalu, Roslan berdepan dengan beberapa tuduhan di dalam di luar parti, termasuk di internet, berhubung pergeseran dalaman sehingga pernah dilabelkan memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan".

Bagaimanapun Roslan, yang dilantik semula sebagai ketua penerangan PAS Selangor hujung tahun lepas, enggan mengulas lanjut dengan alasan Abdul Hadi menasihatkan beliau agar tidak memberikan sebarang respons.

Roslan pernah dicabar menafikan terlibat berkempen untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan", antaranya Datuk Husam Musa - yang tewas di tangan Nasharuddin dalam pemilihan di muktamar bulan lepas.

0 ulasan: