Oleh Johari Ibrahim dan Rafidah Mat Ruzki
SHAH ALAM: Cubaan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, pagi semalam, bertukar menjadi kecoh.
Dalam kekecohan jam 10 pagi itu, Wong cedera di kaki dan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sedang dia mengadu sakit dada.
Kedua-dua pihak membuat laporan polis berikutan insiden itu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kekecohan berlaku apabila Wong enggan dibawa ke pejabat agensi itu untuk siasatan.
Beliau berkata, sepasukan pegawainya mengunjungi pejabat Wong kira-kira jam 9.45 pagi untuk menahannya berhubung siasatan satu kes rasuah.
“SPRM membacakan amaran bertulis sebelum penahanan dan meminta beliau menandatanganinya tetapi beliau enggan sebaliknya mahu membuat aduan polis.
“Berikutan itu, SPRM terpaksa membawa beliau balik ke pejabat tetapi beliau enggan mengikut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan ketika mahu memasuki kereta dan beliau terjatuh,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Bagaimanapun, katanya, selepas kejadian itu, SPRM membenarkan beliau membuat aduan polis selain dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
3 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan