Jumaat, 14 Ogos 2009

KPDNKK tempatkan pegawai di kilang gula

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor akan menempatkan beberapa pegawainya di kilang pengeluaran gula bagi mencegah ‘penyelewengan’ bekalan berkenaan.

Pengarah KPDNKK Selangor, Zainun Saleh berkata, pegawainya akan memastikan lori yang membawa bekalan gula mengedarkan ke tempat yang sepatutnya dan mencegah berlakunya sebarang penyelewengan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik bagi membendung masalah kekurangan bekalan gula yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.

“Tindakan orang ramai yang membeli bara-ngan keperluan tersebut dalam kuantiti yang banyak hanya dilihat akan lebih memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Sehubungan itu, Zainun menyarankan supaya pengguna tidak cepat panik dan berbelanja secara berhemah.

“Masalah ini berlaku kerana pengguna sendiri yang mudah menggelabah dan bersikap pentingkan diri sendiri apabila tahu sesuatu perkara. Bila dengar berita kononnya sesuatu barang kekurangan stok, mereka akan membeli dalam kuantiti yang banyak," katanya.

0 ulasan: