UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan menyertai semula UMNO jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti itu berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi nasib kaum Melayu dan Peribumi.
“Kalau UMNO berubah dengan apa yang dituntut Presiden (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) dan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) itu berjaya diterjemahkan, mesti saya minat untuk bersama UMNO, tapi bukan dalam masa terdekat,” katanya, semalam.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), mengaku mempunyai dua sebab mengapa beliau kini lebih cenderung kepada UMNO.
“Sebab pertama...peralihan pucuk pimpinan kepada Datuk Seri Najib manakala yang kedua sebab kesungguhan parti itu menjaga kepentingan orang Melayu,” katanya.
Ibrahim yang menjadi ahli UMNO pada 1981 dilucutkan keahlian pada 2004 kerana bertanding pada Pilihan Raya Umum 2004 atas tiket bebas berkata, beliau tidak pernah menjadi ahli Pas.
Sebelum ini Pas mula sangsi dengan pendirian Ibrahim apabila ‘perang mulut’ tercetus di antara beliau dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengulas lanjut mengenai kecenderungannya kepada UMNO sekarang, Ibrahim berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sokongannya kepada parti itu kerana UMNO kini sedang melalui proses pemulihan.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
5 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan