Isnin, 12 Oktober 2009

Kes rasuah, majistret pula direman

BERNAMA


Seorang majistret sebuah mahkamah di Kelantan hari ini ditahan reman selama dua hari berhubung dakwaan terlibat rasuah.

Majistret Azrul Abdullah membenarkan reman itu bagi membolehkan majistret berkenaan membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azrul membenarkan keputusan reman dua hari itu setelah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanifah daripada SPRM memohon tempoh tahanan reman selama lima hari.

Majistret yang berusia 27 tahun itu disiasat kerana dipercayai terbabit dalam rasuah berhubung satu kes dadah.

Majistret itu diwakili peguam Datuk Shukri Mohamad.

0 ulasan: