Sabtu, 10 Oktober 2009

Larangan pakai purdah dikritik

SINAR HARIAN ONLINE


KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi dikritik kerana mengarahkan seorang pelajar perempuan membuka purdah dan hasratnya untuk mengharamkan pemakaian purdah.

"Mohammed tidak boleh lagi mengekalkan jawatannya. Beliau mencemarkan Al-Azhar setiap kali mengeluarkan kenyataan," kata Ahli Parlimen pembangkang, Hamdi Hassan dari Ikhwan Muslimin.

Semasa melawat sebuah sekolah pada awal minggu lalu, Mohammed mengarahkan seorang pelajar perempuan menanggalkan purdah dengan mendakwa pakaian itu adalah amalan tradisi dan bukan ajaran Islam.:

Beliau turut berikrar untuk mengharamkan pemakaian purdah di semua sekolah-sekolah yang mempunyai kaitan dengan Al-Azhar.:

Pengkritik tidak begitu mempedulikan pandangan Mohammed mengenai purdah, tetapi apa yang mencetuskan kontroversi ialah keputusan beliau untuk mengharamkan pemakaian pakaian itu.

"Kenapa arahan pengharaman datang dari Al-Azhar? Ia institut agama, bukan akademi tarian," kata bekas ketua Majlis Fatwa, Sheikh Ali Abu al-Hasan di Institut Pengajian Islam (ISI) di Kaherah.

Menurutnya, walaupun purdah tidak diwajibkan oleh Islam kepada wanita, Universiti Al-Azhar sepatutnya memberi kebebasan kepada wanita untuk memilih apa yang mahu dipakai mereka.

"Tiada sesiapa berhak mengarahkan seseorang perempuan muda menanggalkan apa yang dipakainya selain Umar al-Khattab, kecuali atas alasan keselamatan," katanya.

0 ulasan: