Selasa, 13 Oktober 2009

LHDN buka talian khas bajet 2010

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengadakan Pusat Operasi Talian Khas Bajet 2010 pada 23 Oktober ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Najlah Ishak dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pusat operasi talian khas itu boleh dihubungi pada hari tersebut bermula dari pukul 7 petang hingga 10 malam sahaja.

Katanya, tujuan pusat operasi talian khas itu adalah untuk membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dan penerangan lanjut mengenai isu-isu berkaitan cukai selepas ucapan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nombor talian khas yang disediakan LHDN adalah seperti berikut; 03-62013037, 03-62013046, 03-62013048, 03-62013052, 03-62013054, 03-62013058, 03-62013059 dan 03-62013061.

0 ulasan: