Jumaat, 9 Oktober 2009

Mercy cari RM3j untuk misi Padang

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) memerlukan sumbangan orang ramai untuk membantu mereka mengumpulkan dana RM3 juta bagi meneruskan misi kemanusiaan di Padang, Sumatera Barat.

Exco Mercy Malaysia, Dr. Heng Aik Cheng berkata, setakat ini Mercy hanya mempunyai dana berjumlah RM80,000 sahaja dan ia masih tidak mencukupi untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Padang.

Katanya, sumbangan ini penting untuk membantu mangsa dari segi perubatan kerana ramai yang memerlukan rawatan termasuk pembedahan segera.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan menerusi Mercy boleh memasukkan terus wang ke akaun Maybank 5621 7950 4126 atau CIMB 1424 000 6561053.

0 ulasan: