BERITA HARIAN ONLINE
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan penubuhan Parti Makkal Sakti tidak berupaya menjernihkan keadaan politik di negara ini, malah akan memberikan banyak masalah terutamanya kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, sekiranya Makkal Sakti duduk di bawah BN yang sendiri tidak kukuh, ia akan mewujudkan masalah sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan parti komponen.
“Semakin banyak buat parti, semakin banyak masalah dan dijangka akan berlaku perbalahan. Berlakunya perpecahan dalam parti disebabkan perbalahan itu.
“BN sendiri tidak kukuh dan bila parti baru itu duduk di bawahnya, bagaimana BN hendak selesaikan masalah,” katanya selepas merasmikan Pasaraya Nirwana Jaya, semalam.
Beliau mengulas penubuhan Makkal Sakti yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Serdang, kelmarin.
Makkal Sakti yang ditubuhkan sejak Mei lalu mempunyai hampir 57,000 ahli memohon menyertai BN.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
5 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan