SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM - Pas tidak bimbang de- ngan kesungguhan UMNO untuk menawan semula kesemua lima negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) kerana menganggap amalan sistem demokrasi membenarkan perkara itu berlaku.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha itu juga bagaimanapun haruslah mengikut lunas demokrasi iaitu menerusi pilihan raya.
“Kita langsung tidak bimbang kerana ia perkara biasa dalam amalam demokrasi, tetapi UMNO harus melakukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan bukannya seperti mana yang berlaku di Perak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, Pas tidak menganggap parti itu tergugat walaupun pemimpin UMNO kini semakin serius melakukan perubahan termasuk membuat pindaan beberapa fasal perlembagaan parti.
Dalam pada itu, Mahfuz menafikan punca kelahan kekalahan mereka di Bagan Pinang disebabkan krisis dalaman PR tetapi sebaliknya berpunca daripada taktik kotor Barisan Nasional (BN).
“Sedar atau tidak, BN telah memberi rasuah kepada rakyat di Bagan Pinang dengan pelbagai pembinaan dan penstrukturan baru. Persoalannya mengapa segala pembinaan harus dibuat semasa pilihan raya. Mengapa tidak sebelum itu?” katany
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
5 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan