Salhan K Ahmad
Pengarah jentera pilihanraya PAS di Bagan Pinang, Salahuddin Ayub mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung satu insiden pada awal pagi Rabu yang didakwa melibatkan kekerasan oleh penyokong BN ke atas petugas PAS di Bagan Pinang.
Bercakap di sidang media hari ini, Salahuddin yang juga naib presiden PAS, menjelaskan bahawa gambar yang didakwa sebagai mangsa kekerasan penyokong BN itu, bukanlah sesuatu yang direka-reka.
Beliau turut meminta pihak polis memohon maaf kepadanya kerana memfitnah beliau dalam satu laporan akhbar hari ini.
Salahudin juga berkata beliau telah memberikan kenyataan saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson semalam berhubung penyebaran gambar dan juga laporan Harakahdaily pada hari Rabu.
Jelasnya lagi, beliau telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis ketika hadir ke balai berkenaan pada jam 6.45 petang semalam.
"Itu fitnah, tuduhan liar," katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan semalam yang berkata beliau telah gagal hadir ke Balai Polis berkenaan untuk diambil keterangan.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
5 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan