UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran mengenai kanser payu dara di kalangan wanita berpendidikan tinggi di negara ini masih tidak memuaskan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana golongan wanita berpendidikan tinggi lebih mengutamakan kerjaya dan keluarga daripada menjadikan kesihatan sebagai keutamaan.
''Ini adalah satu fenomena yang membimbangkan apabila wanita berpendidikan pun tidak ambil berat tentang kesihatan sendiri.
''Justeru pihak kerajaan dan swasta disaran mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai program kesedaran kesihatan,'' katanya.
Shahrizat berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran dan pendidikan mengenai kanser payu dara Wear It Pink 2009 di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Pantai Holdings Berhad, Tan Sri Mohamed Khatib Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Suet Guan.
Jelas beliau, ramai wanita berpendidikan tinggi meletakkan kesihatan sebagai sesuatu yang paling akhir dalam agenda mereka.
''Mungkin budaya kita yang tidak memberikan penekanan kepada kesihatan menjadikan kita lebih sibuk bekerja, mengurus keluarga dan lain-lain sehingga terlupa untuk menjalani pemeriksaan awal kesihatan,'' katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan antara 34 pusat kesihatan berdaftar di bawah Program Subsidi Ujian Mammogram, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN).
''Di bawah program ini, subsidi RM50 akan diberikan kepada setiap ujian mammogram yang dijalankan di pusat ujian yang berdaftar dengan LPPKN.
''Sejak pelaksanaan program tersebut, seramai 11,000 wanita sudah menjalani pemeriksaan di antara Mei 2007 dan September 2009,'' katanya.
Tambah beliau, daripada jumlah keseluruhan mereka yang menjalani pemeriksaan, sebanyak 91 peratus atau 10,060 wanita didapati normal, 8.2 peratus atau 905 lagi perlu menjalani pemeriksaan lanjut dan 48 orang atau 0.43 peratus adalah positif.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
8 beberapa jam yang lalu

1 ulasan:
info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara.
Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.
Catat Ulasan