UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Wanita mualaf yang terselamat walaupun terjatuh dari tingkat 12 ketika menyelamatkan diri daripada kebakaran rumahnya di tingkat 14, Kondominium Mentari di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam, dilaporkan stabil.
Mangsa, Karmila Lee Abdullah, 30-an, juga beransur pulih dan dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) ke pusat pakar hospital itu untuk rawatan lanjut.
Ketika melawatnya di ICU pada pukul 12.30 tengah hari ini, mangsa yang masih lemah dilihat lebih banyak berehat sambil melelapkan mata.
"Saya baik dan tidak tahu bila boleh keluar wad. Saya tak nak cakap kerana letih dan ingin rehat," katanya ringkas dalam bahasa Mandarin di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, mangsa yang panik apabila rumahnya terbakar bertindak turun dengan bergayut dari satu anjung ke anjung lain.
Bagaimanapun, apabila sampai di tingkat 12, dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke wakaf kayu di tingkat tiga kondominium tersebut.
Walaupun jatuh dari ketinggian itu, Karmila bernasib baik kerana sekadar patah kaki kanannya dan luka-luka ringan di bahagian anggota badan yang lain.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya masih belum mengambil keterangan daripada mangsa kerana keadaan tidak mengizinkan.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
8 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan