Jumaat, 11 Disember 2009

Hormati Kedudukan Islam Sebagai Agama Persekutuan - Pemuda PAS

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat meminta semua pihak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama umat Islam menghormati hak-hak beragama semua rakyat negara ini.

Setiausahanya Kamaruzaman Muhamad berkata Pemuda PAS mengambil beratisu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Justeru, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan membina masjid dan mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada rumah ibadatbukan Islam.

"Kami mengharapkan masyarakat bertenang agar tidak menimbulkan sebarangkonflik agama dan perkauman sehinggalah penjelasan dan penerangan sebenardaripada Yang Berhormat Nga terhadap isu ini," katanya dalam satu kenyataan disini, semalam.

Kamaruzaman berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Ngaberhubung perkara itu kerana Pemuda PAS amat menghormati kebebasan beragamayang diperuntukkan oleh Perlembagaan selaras dengan prinsip kebebasan beragamayang dipegang Islam.

"Pemuda PAS yakin prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan akan menghasilkanwarganegara yang baik melalui pegangan agama yang mantap," katanya.

0 ulasan: