Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein diminta memandang berat masalah rogol yang melibatkan juvana kerana kes berkenanan dilihat semakin banyak berlaku.
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng pagi tadi mendesak sedemikian ekoran pihak polis mengabaikan suatu laporan kes rogol pelajar di suatu sekolah, seperti yang didedahkan akhbar Sin Chew beberapa hari lalu.
"Saya mahu mengambil kesempatan bertemu sendiri Menteri Dalam Negeri tanpa rasa segan-silu untuk bertanya mengapa pihak polis mengabaikan laporan polis lebih sebulan yang lalu (oleh) waris kepada pelajar malang itu," jelas beliau pada sidang media di parlimen semalam.
Ujarnya, laporan tersebut dibuat pada 25 Oktober yang lalu, namun Polis enggan memaklumkan situasi yang sebenar kepada pihak waris kepada juvana terbabit.
Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak turut melahirkan rasa kecewa pada pentadbiran sekolah, yang menjadi tempat mangsa tersebut belajar kerana enggan membela mangsa.
"Sepatutnya bila laporan Polis dibuat 26 Oktober lalu, sekolah sendiri perlu memberikan kerja sama," ujarnya.
"Dalam laporan itu memberitahu suspek yang merogol juvana adalah rakan sekelasnya sendiri. Tetapi, tidak ada apa-apa tindakan diambil oleh pentadbiran (sekolah)."
Beliau juga menawarkan RM5000 sebagai ganjaran bagi sesiapa yang mampu membantu menyelesaikan kes terbabit.
Bercakap pada sidang media yang sama di Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pula melahirkan rasa tidak yakin terhadap tahap keselamatan pelajar di Malaysia
"Kalau kawan sedarjah pun boleh rogol pelajar (yang berusia) 12 tahun itu, di mana lagi keyakinan kita, rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan negara."
Beliau yang juga AJK PAS Pusat meminta pihak berwajib, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak mengabaikan tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang sebelum ini, yang meragut tiga nyawa pelajar.
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Sin Chew melaporkan bahawa mangsa diperdaya menggunakan pil khayal di suatu kelab karaoke, sebelum dirogol.
Tetapi, laporan itu tidak pula menjelaskan tentang identiti sekolah dan pusat karaoke terbabit.
Beberapa tragedi melibatkan juvana soalah-olah menggambarkan Malaysia, negara yang tidak selamat.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
8 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan