Rabu, 9 Disember 2009

Kes ‘Bini Puaka’ : Mahasiswa Jangan Gentar, Perlu Makin Berani

Editor Buletin


UKM, BANGI - Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali meminta semua mahasiswa seluruh negara agar tidak gentar dengan sebutan kes ‘bini puaka’ contengan ‘anti rosmah’.

Menurutnya pertuduhan tersebut tidak akan memberikan kesan dan memperlahankan gerakan mahasiswa yang ada pada hari ini.

Katanya, mahasiswa mesti berani menegakkan kebenaran, walau terpaksa ke mahkamah dan disumbat ke dalam penjara sekali pun.

“ Walaupun mahasiswa dibawa ke mahkamah dan dipenjara sekalipun, ia tidak sama sekali melunturkan semangat mahasiswa yang mahukan perubahan demi kepentingan negara dan rakyat”tegasnya.

Katanya, pertuduhan ini akan terus mematangkan mahasiswa dan melihatnya sebagai titik permulaan untuk ke arah perubahan sebenar.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) berkata, daripada kes ini kita akan lihat sama ada kehakiman negara ini, bersikap ‘ultra vires’ atau tidak, kerana ia melibatkan isteri pemimpin nombor satu negara ini.

Dalam sebutan kes kontroversi itu, tiga pelajar Universiti Malaya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ketiga-tiga mereka Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani didakwa bersama dua lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang telah dituduh lebih awal, Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli bagi kesalahan di bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Selepas mengaku tidak bersalah, ketiga-tiganya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,500 seorang dengan seorang penjamin dan diarahkan melaporkan diri di di balai polis di Jalan Pantai Baru sebulan sekali sepanjang perbicaraan.

0 ulasan: