Jumaat, 11 Disember 2009

PLKN: Lima kaedah semak nama

UTUSAN ONLINE


MELAKA - Bermula Januari ini, nama-nama pelatih yang terpilih menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak akan lagi disiarkan di dalam akhbar tempatan, sebaliknya mereka dikehendaki menyemak sendiri status pendaftaran melalui lima kaedah yang disediakan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, selain bertujuan menjimatkan kos, langkah itu juga memudahkan bakal pelatih.

Menurut beliau, lima kaedah untuk menyemak nama pelatih terpilih adalah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, pusat panggilan JLKN, notis panggilan dan laman web.

"Nama seramai 38,000 pelatih pada pengambilan bermula Kumpulan 1 Siri 7/2010 tidak akan lagi disiarkan di akhbar-akhbar seperti sebelum ini bagi tujuan menjimatkan kos selain mempraktikkan cara lain yang telah disediakan.

"Semakan boleh dibuat melalui pusat panggilan 03-40274773/74/76/77/79. 03-40274646/4664," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kajian Terhadap Sistem Program Khidmat Negara (SPKN) Ke Arah Pembangunan Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) Siri 1/2009 di Hotel Mahkota di sini, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip PLKN SEMAK (ruang) nombor kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.

Selain itu, semakan melalui laman web boleh dibuat dengan melayari www.ccenter@khidmatnegara.gov.my.

0 ulasan: