Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)
KETUA Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan (AMK) Negeri Sabah, Zainuddin Hassan menyeru Polis di-Raja Malaysia (PDRM) supaya tidak ‘memilih bulu’ dalam melaksanakan tugas terutama apabila melayan aduan penduduk kampung yang menjadi mangsa penipuan oleh golongan yang berada.
Zainuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan PDRM yang mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap aduan polis yang dibuat oleh seorang pemilik tanah, Salahuddin Hasana, 74, berketurunan Sungai dari Kinabatangan, Sabah.
Akibat meragui profesionalisme dan integriti PDRM yang mudah terpesong dengan aqidah rasuah, Salahuddin menghubungi AMK Negeri Sabah berhubung aduannya kepada polis tentang penipuan yang dilakukan oleh dua beradik berketurunan Cina yang bernama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung kerana beliau mendakwa geran tanah milik isteri serta ahli keluarganya telah diambil oleh dua beradik tersebut mengggunakan surat kuasa palsu.
“Mereka buat surat kuasa palsu atas nama saya, di mana mereka nyatakan kononnya saya telah tandatangani surat kuasa palsu tersebut dan perjanjian jual tanah tersebut kepada Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung,” ujar Salahuddin selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kinabatangan dengan ditemani isteri dan Zainuddin.
Salahuddin mengaku tidak pandai membaca dan menulis, hairan kerana aduannya kepada PDRM tidak diambil tindakan sedangkan bukti penipuan mereka berkenaan amat jelas.
“Adakalanya saya terpaksa berlapar menunggu Pegawai Penyiasat yang seringkali menggertak hendak menangkap saya atas tuduhan saya membuat laporan palsu,” keluh Salahuddin yang kecewa dengan sikap tidak professional PDRM yang sering bersubahat dengan taukeh yang menceroboh tanah anak negeri Sabah.
Sabahkini.net dimaklumkan bahawa Salahuddin tidak lagi percaya kepada anggota polis yang menyiasat aduannya. Lantaran itu, Salahuddin telah mengarahkan ahli keluarganya supaya memasuki tanah yang telah dirampas daripada keluarganya dengan cara tipu.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
7 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan