MALAYSIA KINI
Dakwaan salah laku setiausaha politik perdana menteri, Datuk shafie Abdullah, diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), antaranya campur tangan dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan aduan itu kepada dua pegawai SPRM Kuala Lumpur, Hasan Yahya dan Mohd Yahya Mohd Rashid.
Kamaruzaman Mohamad berkata aduannya itu "cuma diterima sebagai maklumat" dan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan dahulu sebelum ia membuka kertas siasatan.
"Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut sama ada ia jadi kes atau tidak," katanya.
"Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di Parlimen."
Isnin lalu, ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa Shafie - yang juga ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan ketua bahagian Wangsa Maju, menyalahgunakan kedudukannya sebagai setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
7 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan