Oleh: ZAHIR KARIM (sabahkini)
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabah disyaki menawarkan khidmat perlindungan dan menjadi dalang kepada sindiket VCD dan DVD Haram yang semakin berleluasa di Sabah yang dijual secara terbuka di semua premis yang berlesen dan di kaki lima kedai.
Ketua Pegawai Penguatkuasa dan seorang pegawai yang dikenali sebagai ‘Singh’ telah memberi perlindungan kepada Agen terbesar VCD/DVD Haram iaitu Cho Mei Ling yang memiliki beberapa buat out-let di seluruh Sabah termasuk Michele Shop di Centre Point.
Cho Mei Ling pernah ditangkap Mantan Pengarah SPRM Sabah, Latifah Md Yatim ketika cuba merasuah pegawai SPRM yang mengadakan serbuan dan merampas berpuluh ribu VCD/DVD haram daripada beberapa lokasi milik Cho Mei Ling.
Walaupun kes berkenaan senyap begitu sahaja setelah Latifah berpindah ke Pulau Pinang, namun ‘Singh’ dan seorang pegawai kanan KPDN masih memberi perlindungan kepada Cho Mei Ling kerana kedua pegawai berkenaan dibayar ‘elaun untuk melindungi kegiatan haram berkenaan.
“Jika ada serbuan, semua yang tidak membayar wang perlindungan akan menjadi mangsa dan kami terpaksa bergabung dengan Cho Mei Ling untuk membolehkan kami terus berniaga,” ujar Kwang Ho Tiam yang terpaksa membeli produksi VCD atau DVD daripada Cho Mei Ling.
Tegas Kwang, walaupun margin keuntungan agak rendah, namun demi untuk survival perniagaannya, beliau terpaksa membayar kepada Cho Mei Ling dan tidak mengetahui apakah Cho Mei Ling member ‘angpau’ kepada dua pegawai kanan KPDN yang kini menjadi celebriti di kalangan peniaga VCD/DVD haram di Sinsuran, Segama dan Centrepoint.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
7 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan