UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menawarkan dirinya untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dalam usaha membendung gejala pembuangan bayi di negara ini yang semakin berleluasa.
Menurut Rosmah, beliau tidak sanggup lagi melihat dan mendengar kejadian yang berlaku hampir setiap hari terhadap bayi-bayi yang tidak berdosa itu.
"Oleh itu, saya dengan rela hati ingin membantu pihak kerajaan dalam menyelesaikan gejala ini, saya rela untuk bekerjasama.
"Saya mengharapkan supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi atau ia makin berkurang pada satu hari nanti,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baru Cina 2010 anjuran Parti Gerakan di Menara PGRM, Cheras, di sini hari ini.
Beliau mengulas empat kejadian kes buang bayi yang berlaku sepanjang minggu ini termasuk yang terbaru semalam di Kuala Krai, Kelantan apabila seorang bayi ditemui di dalam tong sampah dalam keadaan rentung dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya.
Bagi menangani masalah itu daripada berterusan, Rosmah menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam perkara itu supaya mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin.
Ditanya perlukah kerajaan menubuhkan sebuah lagi pusat khusus untuk ibu-ibu yang tidak boleh membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna, katanya, jika ada pusat seperti itu sekalipun beliau masih tidak pasti sama ada ibu-ibu terbabit mahu menonjolkan diri mereka.
"Mungkin pusat itu boleh diadakan, tetapi mungkin mereka juga akan berasa malu untuk muncul di khalayak ramai,'' jelasnya.
Rais buta mana harta negara & Umno
2 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan