""Wahai kaum Muslimin! Semoga dengan berlakunya ulang tayang kes liwat ini akan membuka mata kalian betapa hukum Allah langsung tidak dihiraukan oleh pemerintah dan betapa gagalnya sistem pemerintahan sekular dan mahkamah sekular dalam menegakkan keadilan."
"Sesungguhnya tidak akan tertegak keadilan selama mana tidak ada pemerintahan Islam dan selama mana manusia tidak berhukum dengan hukum Islam."
Kes liwat Anwar dan Saiful akhirnya dibicarakan di mahkamah setelah mengalami beberapa siri penangguhan sejak ia mula meletus. Tajuk-tajuk utama akhbar dan juga perbualan di pejabat-pejabat serta di kedai-kedai kopi kini diwarnai dengan adegan terpanas ini. Laman web, blog-blog dan pelbagai forum di alam maya sememangnya memanaskan lagi suasana.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas orang nombor dua negara, yang sekarang menyandang jawatan ketua pembangkang kini sedang bergelut dengan apa yang disifatkannya sebagai fitnah jahat ke atas dirinya.
Mantan Timbalan Perdana Menteri ini telah didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan hubungan seks diluar tabii (meliwat) bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selain apa yang berlaku ke atas dirinya secara peribadi, partinya, PKR dan Pakatan Rakyat sendiri kini diserang bertubi-tubi oleh parti pemerintah di dalam usaha pemerintah memecah belahkan parti lawannya ini.
Media pro kerajaan tidak habis-habis berusaha memburukkan imej parti pembangkang dan khusus di dalam liputan perbicaraan kes liwat ini pula, akhbar-akhbar arus perdana terus-menerus cuba menggambarkan bahawa Anwar berada di pihak yang salah.
Dengan apa yang berlaku ini, apa yang pasti ialah sejarah hitam sekali lagi terpalit ke atas Anwar Ibrahim yang dalam masa yang sama sebenarnya memalitkan imej negatif dunia ke atas Malaysia. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ditulis untuk membela atau menghukum mana-mana pihak yang terbabit, namun ingin mengajak para pembaca agar kembali kepada pemikiran fiqh Islam, yang sepatutnya diterapkan ke atas umat Islam dalam menyelesaikan setiap persengkataan yang wujud.
Kes Liwat Anwar-Saiful, Apa Yang Tak Kena?
Sejak awal kes ini terbongkar, banyak pihak apatah lagi pembangkang yang menganggap wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar oleh pihak-pihak tertentu. Mereka mempertikaikan apa yang berlaku dari A-Z dan menyifatkan kes liwat ini sebagai fitnah kali kedua untuk menjahanamkan karier politik ketua pembangkang itu.
Sehinggalah apabila kes mula disebut di Mahkamah Tinggi, para penyokong Anwar terus berhimpun demi menyuarakan bantahan. Selain pihak yang bersimpati, tidak kurang wujudnya sebahagian pihak lain yang percaya bahawa ahli Parlimen Permatang Pauh itu memang terlibat di dalam perbuatan tidak bermoral itu.
Apa pun, sebagai Muslim, Islam melarang kita menuduh seseorang itu bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah. Kaedah syarak menyatakan ‘al-aslu bara’atu zimmah’ (hukum asal seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan). Dalam Islam, seseorang itu hanya dikatakan bersalah apabila mahkamah telah mensabitkan kesalahannya. Justeru kita sepatutnya menjaga diri kita dari dosa dengan tidak membuat sebarang spekulasi atau tuduhan ke atas orang yang belum dibuktikan bersalah.
Apa yang memang benar-benar salah di sini ialah apabila kes ini dibicarakan di Mahkamah Sivil. Sungguh malang apabila kes berprofil tinggi ini berlangsung, tidak ada ataupun mungkin hanya segelintir umat Islam yang ada pada hari ini menyedari bahawa Anwar telah dibicarakan di mahkamah yang ‘salah’ yakni mahkamah kufur, bukannya mahkamah Islam!
Secara pasti, sistem kehakiman dan undang-undang yang diguna pakai adalah undang-undang thagut yang ditinggalkan oleh penjajah. Sebahagian umat Islam gagal menyedari bahawa liwat ialah kesalahan hudud yang wajib dihukum mengikut hukum Allah, bukannya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang digubal oleh manusia, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Nampaknya undang-undang Allah terus dibakul sampahkan oleh para pemimpin sekular dan oleh mahkamah yang ada pada hari ini walaupun kesemua pihak yang terlibat adalah beragama Islam.
Seperkara lagi yang tidak kena dalam kes dakwaan liwat oleh Saiful ke atas Anwar di sini adalah apabila hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang sahaja yang dibicarakan, manakala Saiful tidak! Berdasarkan pertuduhan di bawah S377B, dan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Saiful sendiri di mahkamah setakat ini, teramat jelas bahawa Saiful (penuduh) mengakui bahawa dia telah diliwat oleh bekas majikannya itu. Ini bermakna, terdapat dua keadaan kes di sini
Sila sambung bacaan anda di sini..
KISAH ANWAR, SAIFUL DAN . . .
0 ulasan:
Catat Ulasan