| Kuek Ser Kuang Keng | |||
| |
![]() |
Sambutan peringkat kerajaan negeri Selangor akan diadakan di Tokong Dong Zen di Jenjarom, sebuah rumah ibadat Budha yang terkenal dengan pesta tahunan tanglung dan bunga.
Selain persembahan kebudayaan, makanan sayur-sayuran percuma akan dihidangkan kepada pengunjung. Acara berkenaan akan diurasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dua puluh kilometer dari utara Jenjarom, di sebuah perkampungan Cina yang terbesar di Selangor dan kedua terbesar Malaysia, - Kampung Baru Pandamaran, Najib pula akan merasmikan sambutan rumah terbuka tahun baru Cina peringkat kebangsaan.
Selain Pandamaran, Najib juga dijangka melawat Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Ini lawatan Najib yang ketiga ke kawasan tumpuan pelancongan itu dalam tempoh setahun beliau memegang jawatan.
Kedua-dua lokasi, Tokong Dong Zen dan Kampung Baru Pandamaran membawa makna yang istimewa kepada masyarakat Cina, khususnya ketika tahun baru.


0 ulasan:
Catat Ulasan