BERNAMA
KUALA LUMPUR — Krisis kewangan global telah membawa rahmat kepada Malaysia apabila lebih ramai pelajar asing memilih untuk mengikuti pengajian tinggi di negara ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata kira-kira 75,000 pelajar asing dijangka mengikuti program ijazah dan ijazah lanjutan di sini tahun ini.
“Lebih ramai pelajar asing mungkin memilih melanjutkan pendidikan tinggi masing-masing di Malaysia kerana kegawatan ekonomi dunia,” katanya pada majlis Konvokesyen Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia 2010 (MAICSA) di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan oleh Penasihat Khas menteri bekenaan, Prof Dr Raduan Che Rose.
Tahun lepas, Mohamed Khaled, berkata institut pengajian tinggi tempatan diaudit oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selaras dengan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan bertaraf dunia.
Menurutnya sebanyak 58 universiti awam dan swasta termasuk kolej universiti telah mendaftarkan untuk program Sistem Tanda Aras Malaysia tahun lepas.
“Program ini akan membantu institusi itu untuk mendapatkan pengiktirafan di arena tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Dalam ucapan tersebut, Mohamed Khaled berkata kerjaya sebagai setiausaha syarikat harus digalakkan berikutan pemintaan tinggi daripada hampir sejuta syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib?
1 jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan