SIBU — Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP mendahului selepashampir keseluruhan saluran selesai dikira setakat 10 malam tadi.
Pemimpin-pemimpin DAP mendakwa mereka memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.
Keputusan rasmi akan diumum dalam waktu terdekat.
Undi pos yang melibatkan saluran ke-111 sedang dikira.
Daripada 110 saluran, DAP memperoleh 18,775 undi manakala BN menguasai 16,124 undi.
Dengan itu, majoriti DAP setakat ini ialah 2,651 undi.
Kedua-dua parti utama berhadapan dengan saingan sengit untuk menguasai kerusi Sibu.
Dalam pada itu keputusan rasmi dari pusat penjumlahan menunjukkan BN memperoleh 5,498 undi, DAP pula 4,844 dan calon Bebas hanya 53 undi.
BN merekodkan kelebihan 654 undi.
Terdahulu setakat 6.15 petang tadi, daripada 44 saluran selesai dikira DAP menerima 7,026 undi manakala BN pula 6,243 dan seorang calon Bebas menerima 52 undi.
Bagaimanapaun setakat 22 saluran selesai dikira sehingga pukul 5.30 petang tadi, BN berada di depan dengan kelebihan 1,985 undi.
Seramai 59.86 peratus atau 32,742 pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Ia termasuklah 2,537 pengundi pos.

0 ulasan:
Catat Ulasan