Isnin, 17 Mei 2010

Manikavasagam kecewa dengan kenyataan MB Selangor


manikavasagam1 Oleh Jamilah Kamarudin


PETALING JAYA : Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap respon yang diberikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung insiden simbah cat merah di kediamannya di Meru, semalam.

Manikavasagam, dalam blognya berkata kenyataan yang diberikan oleh Khalid semalam berbunyi "Saya sudah beritahu (Yb) Manikavasagam apabila awak menuduh seseorang, mereka akan bertindak balas dan awak perlu menghadapi akibatnya" adalah tidak wajar.

Mengambil sikap optimis, beliau berkata kenyataan itu mungkin hanya nasihat supaya berhati-hati dengan setiap tindakan yang diambil.

Namun beliau berkata maksud sebaliknya kemungkinan boleh berbunyi, "Saya gembira seseorang telah membalas dendam terhadap anda kerana nyawa anda dan keluarga tidak penting kepada kerajaan negeri.

"Walaupun sebagai berjawatan ahli Parlimen dan berada dalam parti yang sama, itu tidak penting kepada kami selagi kepentingan kroni kami dilindungi dan dijaga," ujar Manikavasagam.

Beliau dalam kenyataanya juga berkata "Saya tidak menjangkakan sebarang simpati daripada mereka kerana bagi mereka, kita boleh serang musuh tapi untuk membersihkan kotoran dalam kalangan kita adalah tidak perlu".

"Kejadian dirumah saya semalam menggambarkan isu yang serius dan rakyat Selangor perlu faham bahawa setiap sumber aliran wang keluar yang dibelanjakan kerajaan negeri adalah hak milik kita.

Manikavasagam bagaimanapun menghargai keprihatinan yang ditunjukkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menghubungi beliau untuk bertanyakan tentang insiden terbabit dan keselamatan dirinya dan keluarga.

Reaksi yang diberikan Anwar membuat panggilan peribadi menghubungi saya bertanyakan tentang kejadian terbabit dan bertanya tentang diri saya dan keluarga. Dia seorang pemimpin yang sangat berkarisma.

Semalam, Manikavasagam menerima nota ancaman bunuh dalam kertas bertulis "Jangan campur isu pasir. You mati" yang diikat pada beg plastik mengandungi cat merah yang disimbah pada keretanya dan kereta isterinya.

Laporan media memetik Manikavasagam sebagai berkata, kejadian tiga beg berisi cat merah dibaling dari luar ke arah dua kereta yang terletak di dalam kawasan rumahnya itu dipercayai berlaku kira-kira 4 pagi .

Manikavasagam Rabu lalu membuat laporan polis mengenai kegiatan rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta atas nasihat Kalid serta mengemukakan aduan rasmi dan menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan itu kepada Khalid.

Berikutan itu, kerajaan Selangor merujuk dakwaan rasuah itu untuk disiasat oleh Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban & Ketelusan Selangor (SELCAT).

0 ulasan: