| HARAKAH DAILY |
| KUALA LUMPUR: Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH) menyeru semua rakyat bangkit dan menyokong nilai-nilai pluralisme serta hak asasi manusia dan menolak sebarang slogan dan perhimpunan yang berunsur perkauman.
Katanya, Pemuda KLSCAH berpendapat bahawa perhimpunan yang bertema ‘Melayu Bangkit’ adalah berunsur perkauman dan bercanggah dengan semangat ‘1Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. “Oleh itu, Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu perlu memberi pendirian mereka atas perhimpunan tersebut. Adakah mereka menyokong perhimpunan tersebut?” tanya beliau. Beliau berkata, keputusan serta kelakuan pemimpin PAS yang tidak menyokong penganjuran perhimpunan perkauman tersebut seharusnya dipuji dan dipelajari oleh pemimpin politik yang lain. Ng berpandangan bahawa semua isu semasa seperti kenaikan harga barangan, kemelesetan ekonomi, keganasan polis, pencemaran alam sekitar dan lain-lain adalah masalah yang mempengaruhi kehidupan rakyat tanpa mengira kaum atau agama. “Semua slogan berunsur perkauman seperti ‘Melayu Bangkit’, ‘Cina Bersatu’ ataupun apa jua slogan perkauman adalah slogan yang mengelirukan rakyat serta selalu dipermainkan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. |
Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib?
5 beberapa jam yang lalu
Sehubungan itu, ketuanya, Ng Chong Soon melahirkan rasa kecewa dengan Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang akan menganjurkan perhimpunan yang bertema ‘Melayu Bangkit’ pada Khamis, 13 Mei ini di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Kuala Terengganu.
0 ulasan:
Catat Ulasan