HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Jun 2010

Aktiviti Pemerdagangan Manusia Menurun

FREE MALAYSIA TODAY


hishamudin03 Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pengurangan dalam aktiviti pemerdagangan manusia daripada Tahap 3 tahun lalu kepada Tahap 2 pada tahun ini, menurut laporan rasmi daripada kedutaan Amerika Syarikat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kedudukan berdasarkan Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2010 oleh Jabatan Negara Amerika itu diterimanya pada pagi tadi.

Beliau berkata, "ini membuktikan kesungguhan pihaknya dan badan kerajaan yang lain membanteras pemerdagangan manusia secara serius terutamanya terhadap wanita dan kanak-kanak.

"Kerajaan serius dalam usahanya membanteras pemerdagangan wanita yang melibatkan sindiket jenayah antarabangsa dalam konteks penyeludupan dadah, jenayah siber, pelacuran dan sebagainya," katanya.

Hishamuddin berkata kedudukan itu juga signifikan terhadap keberkesanan penggubalan baru Akta Pemerdagangan Orang 2007 dan penguatkuasaan undang-undang lain.

Hisham berkata dalam laporan Migrasi Antarabangsa itu juga menunjukkan sehingga kini sejumlah 1 bilion manusia diperdagangkan di seluruh dunia berlaku, 214 juta migran antarabangsa dan 740 juta migran tempatan.

Kedudukan Malaysia sebelum ini jatuh dari Tahap Dua ke Tahap Tiga mengikut laporan TIP 2009 yang dikeluarkan pada 16 Jun tahun lepas.

Laporan TIP menyenaraikan negara-negara berdasarkan tahap pematuhan standard minimum bagi memerangi pemerdagangan manusia.

Tahap Satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA), manakala Tahap 3 merupakan negara-negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

7 ulasan:

uranglama berkata...

harap malaysia akan dapat membanteras lagi jenayah pemerdagangan manusia di negara kita. pemerdagangan manusia merupakan isu global kerana ia melibatkan sindiket antarabangsa. kerjasama semua pihak perlu bagi membanteras aktiviti ini.

Athina berkata...

It's good to know that the government is taking this matter seriously. Hopefully this crime will reduce rapidly.

POP berkata...

Ini berita yang sangat baik. Harap mereka akan menurunkan kes ini lagi...

Paquin berkata...

Good news dan teruskan perjuangan banteras kegiatan ni. Semoga suatu hari nanti takda lagi kita dengar aktiviti pemerdagangan manusia berlaku :)

samanda berkata...

usaha perlu diteraskan untuk membenteras jenayah pemerdagangan manusia ini.

2718 berkata...

teruskan usaha untuk mencapai tahap satu dan seterusnya memastikan Malaysia bebas dari jenayah tersebut..

toM berkata...

ini petanda yang sangat baik. harap jenayah ini akan berkurangan dari masa kesemasa dan samapi kes jenayah ini tidak berlaku lagi.